• Borang Permohonan Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • Login
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Advertisement
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Kosmo: Misi Syaqiera Mashayikh untuk Tahun 2022

January 4, 2022
in Berita Semasa, Media Watch
0
0
SHARES
37
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas impian bergelar atlet Olimpik menjadi kenyataan tahun ini, pemanah muda wanita negara Syaqiera Mashayikh memiliki misi serampang dua mata pada 2022.

Dia yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik di Tokyo, Julai lalu, berazam untuk membantu skuad recurve wanita negara memperbaiki kedudukan ranking dunia bagi mencerahkan peluang mereka beraksi di Olimpik Paris 2024.

Atlet kelahiran Segamat, Johor itu yang turut memburu slot dalam acara recurve individu di Paris juga menyasarkan memecahkan rekod panahan peribadi terbaiknya iaitu 630 mata yang dicipta pada aksi pusingan penentuan ranking di Olimpik Tokyo.

Syaqiera berkata tiada perkara lain bermain di dalam fikirannya ketika ini kecuali kedua-dua misi itu yang merupakan azam tahun baharu dalam usahanya mencipta nama serta kejayaan tersendiri.

“Saya tak dapat fikirkan azam lain, cuma memang nak layak ke Olimpik. Jadi saya dan pasukan perlu perbaiki kedudukan dalam ranking dunia kerana sekarang kami berada di ranking ke-30 dan kami nak berada di kedudukan ke-25 atau lebih baik,” katanya hari ini.

“Kalau mengenai acara individu saya fokus kepada jumlah pungutan mata, saya ingin mencipta rekod yang melepasi catatan terbaik sebelum ini, mungkin melakukan 635 mata terlebih dahulu,” tambah atlet berusia 21 tahun itu.

Sebagai rekod, skuad recurve lelaki dan wanita negara terlepas peluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas terkandas pada kejohanan kelayakan, Jun lepas.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Syaqiera apabila dipilih Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selepas Malaysia mendapat satu slot bagi acara recurve individu wanita di Tokyo pada saat akhir, namun beliau tersingkir di pusingan pertama.

Penampilan di Tokyo itu menjadikan beliau pemanah wanita ketiga negara beraksi di Olimpik selepas Mon Redee Sut Txi (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).

Syaqiera pada masa sama berkata selain misi melayakkan diri ke Olimpik, beliau dan pasukan turut berhasrat membawa pulang pingat pada temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam yang dijadual berlangsung Mei tahun depan.

“Memang kami satu pasukan fokus kepada Sukan Sea, kami ingin dapatkan pingat untuk negara insya-Allah dan kami akan berjuang untuk mencapai sasaran itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap dapat terus kekal berada dalam Program Podium di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) demi kemajuan dan peningkatan prestasinya dalam sukan memanah.

Beliau berkata kontraknya tamat pada bulan ini dan sedang menanti tawaran baharu untuk 2022.

 

Previous Post

KOMPLEKS SUKAN MAJLIS SUKAN NEGARA NILAI, NEGERI SEMBILAN DIRASMIKAN

Next Post

DIKEMASIKINI: MANUAL PENGANJURAN KEJOHANAN

Related Posts

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran
Antarabangsa

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
Berita Semasa

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria
Berita Semasa

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery
Berita Semasa

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik
Berita Semasa

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
Next Post
PERLESENAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA

DIKEMASIKINI: MANUAL PENGANJURAN KEJOHANAN

MSN Taman Keramat Tinggal Kenangan

PERLESENAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA

Penundaan Tarikh Penganjuran Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 Tahun dan Bawah 15 tahun Siri 1/2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Post

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
ADVERTISEMENT

Browse by Category

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar

Browse by Tags

MASUM
Logo Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM)

Categories

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

Recent Posts

  • Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)
  • Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
  • Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Mengenai Kami
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • Events
    • Takwim 2025
    • Tournaments
    • Takwim 2024
  • Rekod
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • MAREOS
  • Manual
    • Kejurulatihan
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Manual Penganjuran Kejohanan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
    • Kod Sukan Selamat
  • BORANG
    • Borang Penganjuran Kejohanan

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.