KEJOHANAN MEMANAH WANITA KEBANGSAAN KALI KE-2
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan Kali Ke-2. Oleh kerana kekangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan kali pertama telah diadakan secara atas talian (‘remote scoring’) pada 19-21 Mac 2021 yang lalu.
Pada tahun ini, Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan kali Kedua akan diadakan buat julung kalinya secara bersemuka khusus untuk […]