Media Watch

Muhammad Haiqal Danish sasar emas di SUKMA 2022

PENGALAMAN di pentas antarabangsa menjadi taruhan atlet memanah Pahang, Muhammad Haiqal Danish Syamsul Affandi untuk meraih pingat emas pada saingan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Kuala Lumpur, September ini.

Katanya, walaupun cabaran pada SUKMA Kuala Lumpur begitu sengit, dia menaruh harapan tinggi merangkul pingat emas.

“Namun saya sedar ia bukan tugas mudah… tentangan sengit acara individu 70 meter pastinya datang daripada atlet Terangganu, Selangor, Sabah dan Sarawak,” katanya ditemui ketika mengadakan […]

2022-07-28T01:07:06+08:00July 28th, 2022|Media Watch, Semasa|

StadiumAstro: Lee Jae Hyung tidak ke Vietnam kerana sudah dinaikkan pangkat

Bekas ketua jurulatih skuad memanah negara, Lee Jae Hyung, mempunyai tugas baru selepas kontraknya ditamatkan tahun lalu.

Nadi Arena sebelum ini melaporkan bahawa Jae Hyung tidak akan mengiringi skuad memanah negara ke Sukan SEA Hanoi bulan depan.

Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan memandangkan jurulatih itu tidak pernah terlepas sebarang edisi Sukan SEA bersama kontinjen negara sejak 1999.

Bagi menjawab mengenai persoalan itu, Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, tampil mengesahkan […]

2022-04-18T22:07:36+08:00April 18th, 2022|Media Watch, Semasa|

StadiumAstro: Lee Jae Hyung tidak iringi skuad memanah negara ke Sukan SEA Hanoi

Ketua jurulatih skuad memanah negara, Lee Jae Hyung, dilaporkan tidak akan bersama barisan atletnya ke Sukan SEA Hanoi bulan depan.

Ia merupakan kali pertama Jae Hyung tidak mengiringi atletnya ke temasya itu sejak 1999.

Bagi pemanah negara, Zarif Syahir Zolkepli, ketiadaan jurulatih dari Korea Selatan itu sudah pasti memberikan kesan terhadap misinya dalam memburu pingat emas.

“Ada kesan jugalah untuk saya kerana adakalanya, ketika saya hilang arah, dia akan datang kepada saya untuk […]

2022-04-17T01:48:59+08:00April 17th, 2022|Media Watch, Semasa|

S. Suresh named the National Para Sportsman 2019/2020

National track cycling ace Datuk Mohd Azizulhasni Awang and wushu exponent Tan Cheong Min were named National Sportsman and Sportswoman at the 2019/2020 National Sports Awards tonight.

This is the fourth time that Azizulhasni, who created a sensation by bagging the silver medal at the 2020 Tokyo Olympics, has been crowned National Sportsman. He previously won in 2009, 2010 and 2018.

Dubbed “The Pocket Rocketman”, he won several competitions throughout 2019-2020, including […]

2022-03-23T10:46:44+08:00March 23rd, 2022|Media Watch, Semasa|

MSN Taman Keramat Tinggal Kenangan

Kuala Lumpur: Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat kini hanya tinggal kenangan terutama buat atlet yang pernah dibimbing serta dibentuk menjadi antara atlet terkenal di dunia.

Baru-baru ini, MSN menerusi Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyerahkan secara rasmi kompleks itu bagi pembangunan perumahan serba moden The Valley Residence di bawah pemaju perumahan Syarikat SkySierra Development Sdn Bhd.

Kompleks itu dibina pada 23 Oktober 1995 dan […]

2022-01-11T15:35:30+08:00January 11th, 2022|Media Watch, NAAM|

Kosmo: Misi Syaqiera Mashayikh untuk Tahun 2022

Selepas impian bergelar atlet Olimpik menjadi kenyataan tahun ini, pemanah muda wanita negara Syaqiera Mashayikh memiliki misi serampang dua mata pada 2022.

Dia yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik di Tokyo, Julai lalu, berazam untuk membantu skuad recurve wanita negara memperbaiki kedudukan ranking dunia bagi mencerahkan peluang mereka beraksi di Olimpik Paris 2024.

Atlet kelahiran Segamat, Johor itu yang turut memburu slot dalam acara recurve individu di Paris juga menyasarkan memecahkan […]

2022-01-05T10:42:04+08:00January 4th, 2022|Media Watch, Semasa|

StadiumAstro: Kelayakan Sukan Olimpik: Had Atlet Tawar Negara ‘Underdog’ Kelebihan

Skuad memanah negara akan berangkat ke Korea Selatan, esok, sambil diiringi kebimbangan — tidak mempunyai pemanah simpanan menjelang kelayakan Sukan Olimpik di Perancis.

Persekutuan Memanah Dunia (WA) menghadkan penyertaan atlet bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Ia menjadi cabaran sukar buat trio recurve negara yang terdiri daripada Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Zarif Syahir Zolkefli dalam Kejohanan Piala Asia di Korea sebelum cabaran mereka […]

2021-10-21T00:43:14+08:00June 4th, 2021|Media Watch, Semasa|

HARIAN METRO: ZARIF CUBA PENUHI IMPIAN ARWAH HAZIQ

Kehilangan Allahyarham Haziq Kamaruddin dalam kem memanah negara masih lagi terasa hingga kini namun perjuangan tetap perlu diteruskan demi memenuhi impian arwah memastikan Malaysia layak dalam acara berpasukan ke temasya Olimpik Tokyo.

Tempat arwah kini akan digalas oleh Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan atlet muda negara itu mengakui tugas berat yang digalasnya.

“Seluruh kem terasa akan kehilangan arwah. Dia bukan saja seorang rakan, sahabat tapi juga […]

2021-05-30T01:40:48+08:00May 30th, 2021|Media Watch, Semasa|

BERNAMA: Wiro Intai Pingat di Paralimpik Tokyo

KUCHING, 6 Mei — Alet memanah paralimpik negara Wiro Julin menyasarkan untuk meraih sebarang warna pingat pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo, dijadual pada Ogos ini.

Pendatang baharu skuad kebangsaan itu muncul pemanah kedua menempah slot ke Tokyo selepas mara ke final acara compound individu dalam Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand pada 2019.

Atlet berketurunan Bidayuh dari Kampung Peraya, Ulu Padawan itu sedang menjalani latihan […]

2021-05-06T22:27:07+08:00May 6th, 2021|Media Watch, Olimpik|

Khairul Anuar Mohamad Pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik Tokyo 2020

KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Goh Liu Ying dan atlet memanah, Khairul Anuar Mohamad dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Eksekutif MOM ke-26 di Wisma MOM di sini, hari ini.

“Liu Ying yang berusia 31 tahun akan […]

2021-05-04T05:58:14+08:00May 4th, 2021|Media Watch, Semasa|
Go to Top