Kursus Kejurulatihan Memanah

KURSUS KEJURULATIHAN MEMANAH
PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Kursus Kejurulatihan Memanah merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan di seluruh Malaysia bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan memanah. Kursus ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap I, II, dan III.

KURSUS KEJURULATIHAN ADALAH DIBAWAH TANGGUNGJAWAB PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan / mengelola / mengendalikan dan mengatur kursus-kursus kejurulatihan seperti di bawah:

  1. Kursus Asas Kejurulatihan Memanah
  2. Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1
  3. Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2
  4. Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 3
  5. Kursus Kejurulatihan Antarbangsa Tahap 1, 2 & 3

TEMPOH KURSUS

MASAASASTAHAP 1TAHAP 2TAHAP 3
JAM16243248
HARI234 – 56 – 7

 

YURAN KURSUS

JENIS KURSUSYURAN
Kursus Asas Kejurulatihan MemanahRM100.00
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1RM150.00
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2RM250.00
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 3RM350.00

Kadar yuran ini adalah yuran yang dikenakan keatas setiap perserta dan dibayar kepada NAAM. Yuran ini TIDAK termasuk tanggungan penyediaan tempat, alatan, makan, minum dan penginapan penceramah dan peserta. Sebarang penambahan yuran adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

KELAYAKAN PESERTA
Asas Kejurulatihan

  1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
  2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
  3. Mempunyai pengalaman dalam sukan memanah selama 3 tahun.

Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1

  1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
  2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
  4. Bagi pemohon Tahap 1, peserta wajib melampirkan sijil Kursus Asas Kejurulatihan Memanah untuk kelayakan menduduki kursus Tahap 1. Hanya Sijil Kursus Asas Kejurulatihan Memanah yang dikeluarkan oleh NAAM sahaja diterima.
  5. Bagi peserta ulangan, sila lampirkan sijil penyertaan Tahap 1.

Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2

  1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
  2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 5 tahun.
  4. Bagi pemohon Tahap 2, peserta wajib melampirkan sijil Kursus kejurulatihan Memanah Tahap 1 untuk kelayakan menduduki kursus Tahap 2.
  5. Bagi peserta ulangan, sila lampirkan sijil penyertaan Tahap 2.
  6. Setiap penyertaan MESTI disahkan oleh Persatuan Memanah Negeri.

Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 3

  1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
  2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 7 tahun.
  4. Bagi pemohon Tahap 3, peserta wajib melampirkan sijil Kursus kejurulatihan Memanah Tahap 2 untuk kelayakan menduduki kursus Tahap 3.
  5. Bagi peserta ulangan, sila lampirkan sijil penyertaan Tahap 3.
  6. Setiap penyertaan MESTI disahkan oleh Persatuan Memanah Negeri.

PESERTA ULANGAN
Peserta yang gagal boleh memohon untuk mengikuti mana-mana kursus selepas mendapat keputusan untuk ulangan.

Yuran bagi ulangan adalah seperti berikut:

Yuran Ulangan

JENIS KURSUSYURAN
Kursus Asas Kejurulatihan MemanahRM100.00
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1RM150.00
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2RM200.00

Kadar yuran ini adalah yuran yang dikenakan keatas setiap perserta dan dibayar kepada NAAM. Yuran ini TIDAK termasuk tanggungan penyediaan tempat, alatan, makan, minum dan penginapan penceramah dan peserta. Sebarang penambahan yuran adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

PENILAIAN KURSUS

ASASTAHAP 1TAHAP 2TAHAP 3
KEHADIRAN10%10%10%10%
TEORI30%40%40%50%
PRAKTIKAL60%50%40%20%
TUGASAN10%20%
LULUS>60%>60%>60%>60%

KEPUTUSAN KURSUS
Keputusan kursus akan dikeluarkan kepada peserta dan penganjur dalam tempoh sebulan. Sijil lulus kursus akan diedarkan melalui Pos Laju/Ekspres secara terus kepada peserta yang lulus. Keputusan akan dimaklumkan kepada setiap persatuan negeri yang mempunyai peserta yang lulus.

PENGANJURAN KURSUS KEJURULATIHAN MEMANAH
Jadual dibawah adalah kelayakan untuk memohon menjadi penganjur kursus kejurulatihan memanah.

KURSUSAHLI GABUNGANAHLI BERSEKUTUKELAB
Kursus Asas Kejurulatihan MemanahXXX
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1XX
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2XX
Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 3XX

 

  1. Ahli Gabungan/ Ahli Bersekutu/ Kelab yang ingin menganjurkan Kursus Kejurulatihan Memanah perlulah mengikut keperluan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh NAAM dengan membuat tawaran kepada Pengerusi Kejurulatihan NAAM.
  2. Tawaran mestilah dalam bentuk bertulis dan menyatakan butiran seperti berikut:
    • Mengisi borang permohonan penganjuran kursus.
    • Memilih tarikh dan tempat kursus.
    • Bakal Penganjur haruslah menjamin bahawa mereka akan menyediakan semua kemudahan dan mematuhi semua spesifikasi daripada NAAM.
    • Lain-lain keperluan dari NAAM.
  3. Pemilihan dan keputusan permohonan sebagai penganjur akan dibuat oleh AJK Kejurulatihan NAAM.
  4. Sekiranya penganjur yang telah diberi hak penganjuran, gagal atau tidak dapat meneruskan penganjuran, adalah menjadi tanggungjawab penganjur untuk memaklumkan kepada NAAM sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh penganjuran. Jika gagal memaklumkan kurang daripada satu (1) bulan, NAAM berhak untuk menggantung Ahli Gabungan dari sebarang aktiviti NAAM seperti Mesyuarat Agong, menyertai pertandingan kebangsaan dan kursus-kursus anjuran NAAM.
  5. Penganjur yang gagal untuk menganjur akan menanggung semua kos yang telah dikeluarkan dalam persediaan penganjuran kejohanan yang gagal dibuat.
  6. Sekiranya Penganjur yang dilantik ingin menukar lokasi kursus, ianya boleh dilakukan sekiranya terdapat beberapa faktor yang munasabah dan mendapat persetujuan dari AJK Kejurulatihan NAAM. Sekiranya AJK Kejurulatihan NAAM menolak untuk menukar lokasi, Penganjur harus meneruskan menganjur di lokasi berkenaan atau hak penganjuran boleh ditarik balik. Jika diluluskan atau tidak diluluskan untuk menukar lokasi atau dibatalkan, perbelanjaan proses adalah tanggungjawab penganjur.
  7. Panel atau Penceramah akan dilantik oleh NAAM bagi kesemua jenis kursus.
  8. Manual dan modul bagi kesemua kursus mestilah menggunakan manual dan modul yang telah dikeluarkan atau diluluskan oleh NAAM.

TANGGUNGJAWAB NAAM

  1. Menyediakan penceramah kursus (2-4 orang).
  2. Menyediakan Manual (sebuah seorang) dan baju perserta (sehelai seorang).
  3. Membayar elaun penceramah yang dilantik.
  4. Mengeluarkan sijil lulus kepada peserta yang berjaya.
  5. Mengeluarkan sijil penyertaan dan menguruskan pendafataran peserta.

TANGGUNGJAWAB PENGANJUR

  1. Menyediakan tempat kursus (dewan kursus dan padang latihan).
  2. Menyediakan alatan kursus (5 target butt, 5 target stand, 1 target face untuk semua saiz, LCD projector, PA system).
  3. Penginapan dan makanan kepada penceramah dan wakil NAAM sepanjang kursus bermula sehari sebelum kursus bermula dan sehari selepas kursus tamat.
  4. Mengeluarkan sijil penyertaan kepada peserta.
  5. Menguruskan pembayaran peserta.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  1. Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makanminum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
  2. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
  3. Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
  4. Semua peserta kursus haruslah BERPAKAIAN SUKAN, kemas dan tidak menjolok mata.
  5. Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
  6. Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
  7. Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
  8. Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.

KEROSAKAN/ KEHILANGAN SIJIL

Jika ada individu yang kehilangan atau kerosakan sijil,, boleh memohon untuk penggantian sijil tersebut dengan caj-caj seperti berikut:

PERKARACAJ
Kali PertamaRM10.00
Kali KeduaRM30.00
Kali Ketiga dan seterusnyaRM50.00

 

TANGGUNGAN

Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta atau penceramah yang tidak mematuhi arahan akan diminta meninggalkan premis tersebut.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.