Objectives

Objektif dan Fungsi NAAM

Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:

  1. untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan Memanah ke seluruh negara;
  2. untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru;
  3. untuk memilih atlet bagi mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan sikan Memanah peringkat kebangsaan;
  4. untuk mewakili Malaysia dalam badan antarabangsa yang diiktiraf bagi mewakili sukan Memanah;
  5. untuk bergabung dengan badan pengawal di peringkat antarabangsa;
  6. untuk menggalakan pembangunan sukan Memanah di peringkat akar umbi melalui penubuhan / penerimaan ahli gabungan peringkat negeri;
  7. mewujudkan dan menguatkuasakan peraturan dan peraturan kejohanan yang seragam dengan badan pengawal sukan Memanah di peringkat antarabangsa;
  8. mengumpul dana bagi persatuan dengan segala cara yang sah termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran, levi dan langganan, daripada royalti, penajaan, penyiaran, perdagangan, sokongan dan perlesenan atau penyerahan hak komersial dan lain-lain;
  9. mewujudkan peraturan bagi penyelesaian pertikaian, perselisihan atau salah laku berkenaan dengan hal ehwal persatuan dan pertandingan atau penganjuran sukan Memanah di Malaysia;
  10. mengambil tenaga kerja dan menamatkan perkhidmatan mana-mana orang yang dilantik untuk mengawasi, mengatur dan menjalankan apa-apa kerja dalam persatuan;
  11. persatuan boleh memiliki harta alih dan harta tidak alih, membeli, memajak menukar atau selainnya atau memperoleh apa-apa harta atau hak lain dan keistimewaan yang diperlukan untuk mempromosi, membina, menyenggara dan mengubah mana-mana bangunan atau premis yang perlu untuk mentadbir persatuan;
  12. menjual, menyewakan, menggadai janji, melupuskan atau mengalih semua atau mana-mana harta atau aset persatuan;
  13. melabur dana daripada persatuan yang tidak dikehendaki dengan segera dalam atau di atas pelaburan, sekuriti atau harta sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Jawatankuasa Induk persatuan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dari semasa ke semasa yang dikenakan oleh Jawantankuasa Induk persatuan atau dikehendaki oleh undang-undang; dan
  14. mengambil tindakan yang sah sebagaimana yang perlu atau wajar bagi pencapaian objektif persatuan.

Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:

  1. bertindak sebagai badan pengawal dan pengelola di peringkat Kebangsaan bagi sukan Memanah;
  2. membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan Memanah di Malaysia;
  3. menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang melalui kuasa, tugas dan hak yang diperuntukan oleh badan sukan ini di peringkat antarabangsa;
  4. mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan Memanah di kalangan ahli yang terbabit;
  5. mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;
  6. menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan Memanah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  7. menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan dalam persatuan;
  8. mengekalkan hubungan baik dan  kedudukan baik dengan badan antarabangsa dan badan-badan sukan atau agensi diperingkat kebangsaan;
  9. memastikan prosedur pemilihan ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang untuk mewakili negara dalam sukan Memanah adalah terbuka dan adil;
  10. memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan di bawahnya;
  11. memastikan perlembagaan dan peraturan persatuan dipatuhi oleh ahli;
  12. memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
  13. memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
  14. memastikan kesemua keuntungan yang diperolehi melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini.  Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan ini juga boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.