Manual Penganjuran Kejohanan

PENGENALAN

Prosedur Penganjuran Kejohanan ini dibuat bertujuan untuk memberi panduan kepada komuniti penggerak sukan memanah bagi menganjurkan acara sukan memanah mengikut keperluan standard.

Keperluan ini amatlah penting bagi memastikan informasi kejohanan, tugas dan tanggungjawab jawatankuasa serta promosi berkaitan kejohanan dapat disampaikan dengan jelas agar memenuhi kehendak Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) serta peserta kejohanan.

Manual Penganjuran Kejohanan ini akan membimbing pihak penganjur menganjurkan kejohanan bermula dari proses permohonan kejohanan, proses perancangan kejohanan, penyediaan dan keperluan padang serta proses selepas tamat kejohanan.

Manual ini telah dirangka mengikut garis panduan penganjuran kejohanan World Archery (WA) serta buku peraturan WA. Buku peraturan WA akan sentiasa menjadi panduan sekiranya terdapat konflik berkaitan.

Sekiranya pihak penganjur mempunyai sebarang persoalan berkaitan manual ini, sila berhubung dengan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan NAAM.

Selamat maju jaya dengan penganjuran kejohanan anda.

 

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.