MEMANAH DIPILIH PERINTIS PROJEK JANGKA PANJANG MSN

Penerjun kebangsaan, Cheong Jun Hoong, antara yang terbabit dalam projek perintis Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2022. Jika projek itu menghasilkan kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan — ia akan diguna pakai terhadap 22 persatuan sukan kebangsaan untuk menghadapi temasya di Birmingham, England, dan Hanzhou, China.