Syaqiera ke Olimpik Tokyo 2020
KUALA LUMPUR: Terkejut dan berdebar. Begitulah perasaan pemanah wanita kebangsaan Syaqiera Mashayikh sebaik sahaja disahkan mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.
Syaqiera sama sekali tidak menyangka memperoleh peluang keemasan itu selepas Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memutuskan untuk memilihnya membawa cabaran negara dalam acara recurve individu wanita dan pasukan campuran bersama jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad di Jepun.
Mana tidaknya, pemanah berusia 21 tahun itu menyatakan Sukan […]