Latar Belakang

Memanah relatifnya masih awal dibandingkan dengan sukan yang lain di Malaysia. Terdapat kekurangan dari segi dokumentasi bila sukan ini bermula. Secara dasarnya, sukan memanah mungkin telah bermula di negara ini pada awal 60an meskipun bermula dengan dari sekelompok pemanah yang memanah di hujung minggu sebagai aktiviti riadah.

Pemanah pada masa itu menghadapi kesulitan seperti mendapatkan padang yang sesuai untuk latihan, yang biasanya diadakan di padang sekolah dan tiada jurulatih yang berkelayakan di pertengahan 60an. Mereka belajar teknik dan gaya daripada satu sama lain. 

Kelab memanah ditubuhkan terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping. Kelab-kelab ini membentuk tulang belakang dengan menubuhkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) yang secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1976. Presiden pertama NAAM adalah Tan Sri Dato’ Dr. Arshad Ayob dan Setiausaha Kehormat NAAM yang pertama adalah Mr. Ng Soon Hong.

Kelab memanah pada masa itu adalah:

Kuala Lumpur:
The Armed Forces Archery Association
The Selangor Bowmen
The Subang Archery Club

Pulau Pinang:
AABAC Archery Club
CRC Archery Club
Intel Archery Club
The Penang Port Commission Archery Club
The Penang Bowmen

Taiping, Perak :
CRC Archery Club

Pencapaian di Peringkat Antarabangsa

Sukan SEA

Pencapaian Terbaik
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 | 5 Emas, 2 Perak & 2 Gangsa

Emas Pertama Individu
Sukan SEA Vietnam 2003 | Muhammad Marbawi Sulaiman

Emas Pertama Berpasukan
Sukan SEA Vietnam 2003 | Berpasukan Recurve Lelaki
Muhammad Marbawi Sulaiman, Amirullah Ahmad,  Syahmi Mohd Fahuzi, Cheng Chu Sian

Pingat Pertama
SEA Games Kuala Lumpur 1977 | 3 Perak & 4 Gangsa
Dr. Cheng Ju, Sherryl NG, Abdul Hamid Hasan


Sukan Asean Paragames

Pencapaian Terbaik:
Solo 2011 | 2 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa

Emas Pertama Individu:
Solo 2011 | Yuhaizam Yahaya

Emas Pertama Berpasukan:
Kuala Lumpur 2017 | Berpasukan Campuran Compound
Morogen Komoran & Nor Sa’adah Abdul Wahab

Pingat Pertama:
Solo 2011 | Yuhaizam Yahaya


Sukan Asia

Pencapaian Terbaik:
Incheon 2014 | 1 Perak

Pingat Pertama:
Incheon 2014 | Perak
Berpasukan Recurve Lelaki
Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin & Atiq Bazil Bakri


Sukan Komanwel

Pencapaian Terbaik:
Delhi 2010 | 1 Perak
Berpasukan Recurve Lelaki
Muhammad Izzuddin Abdul Rahim, Cheng Chu Sian & Arif Farhan Ibrahim Putra

Pingat Pertama:
Delhi 2010 | 1 Perak
Berpasukan Recurve Lelaki
Muhammad Izzuddin Abdul Rahim, Cheng Chu Sian & Arif Farhan Ibrahim Putra


Sukan Olimpik

Pencapaian Terbaik:
Individu – Suku Akhir
Cheng Chu Sian | Beijing 2008
Khairul Anuar Mohamad | London 2012

Berpasukan – Suku Akhir 
Beijing 2008 | Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian & Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz

Atlet Pertama Layak:
Athens 2004 | Individu Recurve Women
Mon Redee Sut Txi

Pasukan Pertama Layak:
Beijing 2008 | Berpasukan Recurve Lelaki
Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian & Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz

Penglibatan Di Sukan Olimpik
Athens 2004 | Mon Redee Sut Txi
Beijing 2008 | Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian & Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz
London 2012 | Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad & Nurul Syafiqah Hashim
Rio 2016 | Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin & Muhammad Akmal Nor Hasrin
Tokyo 2022 | Khairul Anuar Mohamad & Syaqiera Mashayikh


Sukan Paralimpik

Pencapaian Terbaik:
London 2012 | 1 Perak
Hasihin Sanawi

Atlet Pertama Layak:
Athen 2004 | Zulkifli Mat Zin & Muhammad Salam Sidik

Pingat Pertama:
London 2012 | 1 Perak
Hasihin Sanawi

Penglibatan di Sukan Paralimpik
Beijing 2008 | Zulkifli Mat Zin & Muhammad Salam Sidik
London 2012 | Hasihin Sanawi, Mohd Zafi Mat Saleh & Zulkifli Mat Zin
Rio 2016 | Hasihin Sanawi & Yuhaizam Yahaya
Tokyo 2022 | Suresh Selvathamby & Wiro Julin


Kejohanan Memanah Asia

Pencapaian Terbaik:
Tehran 2011 | 2 Emas & 2 Perak
Emas Individu Recurve Lelaki | Khairul Anuar Mohamad
Emas Berpasukan Recurve Lelaki | Khairul Anuar Mohamad, Cheng Chu Sian & Haziq Kamaruddin
Perak Individu Compound Lelaki | Muhammad Zaki Mahazan
Perak Berpasukan Compound Wanita | Saritha Cham Nong, Fatin Nurfatehah Mat Salleh &  Nor Rizah Ishak

Pingat Emas Pertama:
Tehran 2011 | Berpasukan Recurve Lelaki
Khairul Anuar Mohamad, Cheng Chu Sian & Haziq Kamaruddin


Kejohanan Memanah Dunia

Pencapaian Terbaik:
Belanda 2019 | 1 Perak
Individu Recurve Lelaki | Khairul Anuar Mohamad

Pingat Pertama :
Belanda 2019 | 1 Perak
Individu Recurve Lelaki | Khairul Anuar Mohamad

Sejarah Penganjuran Kejohanan Bertaraf Antarbangsa di Malaysia

TahunKejohananLokasiTaraf
1987Sukan SEA 1987Kuala LumpurSEA
199710th Asian Archey ChampionshipPulau Langkawi, KedahASIA
2001Sukan SEA 2001Johor Bahru, JohorSEA
20042nd Asian Grand PrixKeramat, Kuala LumpurASIA
20062nd Asian Grand PrixBukit Jalil, Kuala LumpurASIA
2008Asean University GamesUPM, SelangorSEA
20093rd Asian Grand PrixKeramat, Kuala LumpurASIA
20101st Asian Grand PrixKeramat, Kuala LumpurASIA
2013Asian Youth Para GamesKeramat, Kuala LumpurASIA
20171st Asian University Archery ChampionshipUSIM, Negeri SembilanASIA
2017Sukan SEA 2017Bukit Jalil, Kuala LumpurSEA
2017Sukan Para ASEAN 2017Bukit Jalil, Kuala LumpurSEA

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.