HARIAN METRO: TRIO MEMANAH BURU TEMPAT KE OLIMPIK
Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad tidak kisah mengorbankan hari raya demi memastikan pasukan memanah negara layak ke temasya Olimpik Tokyo Julai ini.
Dia yang sudahpun mengesahkan tempat ke temasya terbesar itu menerusi acara individu berkata, apa yang penting ketika ini adalah fokus kepada latihan dan pertandingan.
Skuad memanah negara bakal berdepan kejohanan terakhir menjelang Olimpik iaitu Kejohanan Kelayakan Berpasukan yang berlangsung serentak dengan Piala Dunia […]