Loading Events
This event has passed.

naam remote 2021Penganjur
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang

Muat Turun/Download Maklumat Kejohanan
Maklumat Kejohanan (terkini 14-3-2021)

Pendaftaran

Sila buat pendaftaran di laman Open MAREOS http://www.mareos.masarchery.org

Jika belum mendaftar Open MAREOS, sila click new archer untuk pendaftaran baru.

SENARAI PESERTA


Tarikh Kejohanan 
19 hingga 21 Mac 2021

Masa
8 pagi (19/3/2021) hingga 7 petang (21/3/2021)

Matlamat
Banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini. Kejohanan in khas untuk PEMANAH WANITA sahaja. Kami akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan bergaul dengan orang lain dari jauh.

Venue
Boleh memanah dari rumah / kelab atau premis latihan masing-masing. Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan, sila patuhi SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.

Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada seluruh pemanah wanita di seluruh negara.

Acara
Individu sahaja

ACARA KOD JARAK TARGET FACE
Compound Women Open CW 18m Compound Triple Spot
(Vertical) Target Face
Recurve Women Open RW 18m Recurve Triple Spot
(Vertical) Target Face
Recurve Women Under-15 RCW 18m Recurve Triple Spot
(Vertical) Target Face
Barebow Women Open BW 18m Single Spot 40cm
Target Face
Recurve Girl Under-12 RG 18m Single Spot 40cm
Target Face

Had Penyertaan
Tiada had penyertaan.

Yuran
Tiada yuran dikenakan.

Pendaftaran

  • Sila buat pendaftaran di laman Open MAREOS http://www.mareos.masarchery.org
  • Jika belum mendaftar Open MAREOS, sila click new archer untuk pendaftaran baru.

Tarikh tutup
15 Mac 2021 jam 5.00pm

Hadiah & Anugerah
Semua peserta akan menerima sijil penyertaan digital.
Sijil pencapaian (digital) akan diberikan kepada kedudukan 1 hingga 3 bagi setiap kategori.
Pemenang bagi setiap kategori kedudukan 1 hingga 3 akan menerima Baucer daripada LA Sports seperti di bawah:

KATEGORI PERTAMA KEDUA KETIGA
Recurve Women RM90 RM70 RM40
Compound Women RM90 RM70 RM40
Barebow Women RM90 RM70 RM40
Recurve Women Under 15 RM90 RM70 RM40
Recurve Girl Under 12 RM90 RM70 RM40

Langkah-langkah Pemarkahan

  1. Muat turun aplikasi  IANSEO SCORE KEEPER dalam smartphone anda.
    1. Ianseo Scorekeeper for iOS
    2. Ianseo Scorekeeper for Android
  1. Skor kad anda akan dimuat-naik di ianseo (https://www.ianseo.net/Details.php?toid=8142) selepas tarikh tutup mengikut kategori masing-masing.  Sila cetak skor kad tersebut untuk scoring secara manual. Untuk scoring di telefon pintar anda, sila imbas QR kod yang ada pada skor kad.
  1. Sila gunakan target face dan memanah pada jarak yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing. Target Face untuk latihan tidak boleh diguna untuk pertandingan. Pastikan andamenggunakan Target Face baru bagi setiap set. Tandakan nombor 1 dan nama pemanah pada Target Face set 1 dan nombor 2 dan nama pemanah bagi Target Face nombor 2. (Dikemaskini 14-3-2021)
  1. Selepas selesai scoring sila emailkan skor kad anda dalam bentuk PDF atau gambar sebelum atau pada jam 7.00malam (21/3/2021) ke:

Recurve Women: fml@upm.edu.my
Compound Women: gejetto@gmail.com
Barebow Women: zulizziam@gmail.com
Recurve Women Under 15: crazetech@gmail.com
Recurve Women Under 12: yyakimin@gmail.com

  1. Ringkasan langkah yang perlu anda lakukan sebagai peserta.
    1. Muat turun Ianseo Scorekeeper
    2. Muat turun skor kad anda.
    • Scoring secara manual MESTI dicatatkan di dalam skor kad anda.
    • Online Scoring” menggunakan aplikasi Ianseo Scorekeeper
    • Email skor kad manual anda.
  1. Status skor rasmi anda adalah tertakluk ke atas peraturan di bawah :
NO SCORING MANUAL SCORING APLIKASI EMAIL BUKTI SCORE CARD STATUS SCORE
1 YA YA YA OK!
2 YA TIDAK YA DNF
3 YA YA TIDAK DNF
4 TIDAK YA TIDAK DNF

*DNF : Did Not Finish

  1. Sila ikuti langkah-langkah ini dengan teliti bagi mengelak sebarang kesulitan di pihak penganjur dan peserta lain. Sebarang kelewatan pengisian markah atau emel bukti skor tidak akan di layan.
  2. Keputusan rasmi akan dikeluarkan pada jam 9.00 malam 21 Mac 2021. Keputusan boleh di lihat di https://www.ianseo.net/Details.php?toid=8142

Peraturan dan Etika

  1. Kejohanan ini bukan kejohanan rasmi. Semua rekod yang terhasil dari kejohanan ini tidak layak untuk sebarang pengiktirafan.
  2. Memanah dari tempat anda sendiri. Jika anda  memanah di lapang sasar negeri  atau Persatuan atau kelab atau di mana-mana tempat yang memerlukan kebenaran,  anda harus memastikan bahawa anda telah mendapat kebenaran dari pihak yang berkenaan.
  3. Sila patuhi jarak dan target face mengikut kategori anda dan juga tarikh dan masa yang telah ditetapkan
  4. Tiada Hakim yang akan bertugas semasa permarkahan dijalankan. Oleh itu, keikhlasan dan kejujuran setiap peserta sangat dihargai untuk memastikan permarkahan yang adil dan saksama.
  5. Patuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan. Bersama kita putuskan rantaian Covid-19. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran SOP Covid-19 oleh para peserta.
  6. Kongsikan gambar anda dalam laman sosial media (facebook/Instagram/twitter) menggunakan #wars2021.

Pertanyaan

CIK SALINA PUTRIANA BINTI ERIERPIUS: 012-8188012
EN MUKRIZ MOHAMED: 013-3525586
EN MUHAMMAD ZUL IZZI AB MANAFF: 019-3941984

Penaja: la sport

FacebookWhatsAppInstagram

Go to Top