Pengumuman telah disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilanjutkan bermula Jumaat, 5hb Feb 2021 sehingga 18hb Feb 2021. Keputusan itu diambil dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara(MKN) pada 2hb Feb 2021.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara disambung semula kecuali bagi negeri Sarawak yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). PKP akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi memastikan penularan covid-19 dapat dikekang.

Pengiat sukan di seluruh negara perlu menjalani latihan di rumah mengikut SOP yang sedia ada. Sukan memanah juga terkesan kerana pemanah yang aktif berlatih di padang kini terpaksa menjalani latihan di rumah masing-masing dengan jarak dekat sejak PKP 2.0 bermula Januari 2021.

Penganjuran kejohanan memanah, kursus kejurulatihan, kursus kehakiman dan seminar secara bersemuka dalam negara terpaksa ditangguhkan atau  dibatalkan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN sepanjang PKP berkuatkuasa.

Diharapkan semua rakyat malaysia dapat memberi kerjasama untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mengurangkan kadar jangkitan kes Covid-19 di dalam komuniti.