Pihak Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi pihak Majlis Keselamatan Negara, Datuk Seri Adham Baba, Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kerana membenarkan sektor sukan diteruskan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran penonton.
Kepada semua penggiat, penyokong, penggerak serta atlet sukan memanah sekalian, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana terus menyokong sukan memanah.
Sudah semestinya penganjuran kejohanan memanah selepas ini akan mengikut norma baharu dan pihak NAAM telah menyediakan SOP yang sesuai digunakan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 mengikut garis panduan yang disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Semoga penganjuran kejohanan memanah pada tahun hadapan berjalan dengan baik dan lancar.
Dato’ Haji Abdul Hamid Haji Hasan
Presiden
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Tarikh: 21hb Disember 2020