Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) anjur Pengenalan Anti-Doping untuk Atlet, Pegawai dan Jurulatih secara dalam talian dan ‘live’ FB
Pengenalan Anti-Doping untuk Atlet, Pegawai dan Jurulatih mendapat sambutan yang memberansangkan. Penganjuran oleh NAAM dengan kerjasama Agensi Anti-Dolping Malaysia (ADAMAS) dan PKS Memanah UniSZA telah memberi pendedahan dengan jayanya. Webinar bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari selama 2 jam 30 minit.
Kata aluan disampaikan oleh Pengarah ADAMAS, Puan Azura binti Abidin tentang Pengenalan Anti-Doping. Program ini, telah menarik minat penyertaan seramai 168 peserta berdaftar secara percuma yang disertai oleh peminat memanah diseluruh Malaysia termasuk juga Sabah dan Sarawak. Webinar Anti-Doping ini yang disiarkan secara langsung di Facebook telah menarik minat seramai 548 penonton.
Pendedahan Anti-Doping khususnya kepada atlet memanah, pegawai dan jurulatih diharap dapat memberi impak yang positif bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah kepada atlet. Pendedahan ini telah disampai oleh penceramah dari agensi ADAMAS. Penceramah tersebut adalah:
- En. Mohd Hafizuddin Baki
- En. Abdul Syahamah Hassan
- Pn. Nor Azhani Hazis
- Pn. Nageswary A/P Thiagarajan
Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi memberi penerangan mengenai isu anti-doping. Pihak NAAM mengharapkan atlet, pegawai dan jurulatih memanah seluruh Malaysia dapat memahami intipati yang disampaikan oleh penceramah dengan baik dan diterapkan dalam diri tentang kesalahan penyalahgunaan dadah.
Majulah Sukan Untuk Negara