Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama dari Unit Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan PKS Memanah IPT akan menganjurkan Webinar Pengenalan Anti-Doping untuk Atlet Memanah, jurulatih dan Pegawai.
Sehubungan dengan itu, untuk memberi pendedahan Anti – Doping kepada atlet memanah di negara ini, pihak NAAM dan ADAMAS berharap agar pihak ahli persatuan atau gabungan dapat menghantar pegawai, jurulatih, atlet senior dan pelapis negeri untuk mengikuti webinar ini.
Maklumat Webinar tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 Disember 2020
Masa : 10:00 pagi hingga 12:30 tengahari
Pautan : Cisco Webex
Pautan ke webinar tersebut akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar. Jadual dan pautan pendaftaran adalah seperti dibawah.
Muat turun Surat Jemputan dan Jadual
PENDAFTARAN
TARIKH : 19 DISEMBER 2020
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
Tiada had penyertaan. Pendaftaran adalah percuma. Peserta yang mendaftar dan mengikuti webinar ini akan diberikan sijil penyertaan. Webinar ini juga akan bersiaran langsung di Facebook atau Youtube. Peserta yang berdaftar akan diberikan pautan ke Cisco Webex.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi: TN HJ DZULKARNAIN DATO’ HJ DZULKIFLI di talian 019-8105999.
Pendafataran boleh di buat di:
Imbas QR Code dibawah
TENTATIF PROGRAM
TARIKH : 19 DISEMBER 2020
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI