Selesai penganjuran Bengkel Refresher Kehakiman Memanah secara Online Siri 1 dan 2 tahun 2020 pada hari ini. Bengkel telah bersiaran langsung selama 3 jam dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Kali ini, bengkel telah mendapat penyertaan seramai 76 peserta yang disertai oleh semua hakim bertauliah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Bengkel ini diadakan untuk mengingatkan petugas JUDGE dalam kejohanan mengenai undang-undang memanah WA. Perkara ini juga dapat membantu peserta membincangkan kesalahan yang dilakukan oleh atlet semasa pertandingan berlangsung dan tindakan sewajar kepada atlet. Selain itu, JUDGE akan mengingati tentang undang-undang memanah yang terkini. Peserta yang terlibat akan mendapat sijil daripada penganjur diatas penglibatan dalam bengkel ini sebagai tanda penghargaan.

NAAM dan AJK Kehakiman NAAM berharap bengkel ini dapat membantu para hakim memperkukuhkan pengetahuan tentang undang-undang yang sentiasa dikemaskini oleh World Archery.

Pihak penganjur telah menjemput penceramah yang berpengalaman dan bertauliah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Fasilitator

  • En. Louis Simon Peter – IJC
  • En. Harun Hamzah – CJ
  • En. Shamsuldin Adam – CJ
  • En. Pauzi Ahmad – CJ
  • En. Michael Jerigen Kadap – CJ

Pihak penganjur juga mengharapkan kehakiman memanah Malaysia dapat menjalankan tugas dengan baik dan adil dalam kejohanan memanah pada tahun 2021. Pihak kerajaan telah membenarkan penganjuran sukan seluruh negara mengikut SOP yang ditetapkan bermula January 2021.

Majulah Sukan Untuk Negara