Hasrat pemanah kebangsaan, Haziq Kamarudin, untuk menebus kekalahannya kepada Khairul Anuar Mohamad dalam final Kejohanan Ujian Simulasi Siri Kedua, hari ini, tidak kesampaian.
Khairul Anuar ternyata dalam kelasnya tersendiri dalam aksi di Bukit Jalil itu apabila dengan mudah menewaskan pemcabarnya 6-0 tetapi pemanah dari Terengganu itu tidak berhenti di situ apabila berjaya menewaskan pemanah daripada Itali, Mauro Nespoli, dengan keputusan sama bagi perlawananan simulasi Sukan Olimpik.
Bagaimanapun, rentak kemenangan Khairul Anuar akhirnya lebur dalam perlawanan kedua simulasi Sukan Olimpik selepas tumbang 0-6 kepada pemanah, Korea Selatan, Lee Woo Seok.
“Alhamdulillah saya berpuas hati (dengan prestasi) cuma ketika berdepan pesaing dari Korea Selatan, bidikan saya agak kurang fokus.
“Saya perlu banyak perbaiki aspek itu,” kata Khairul Anuar.
Laporan penuh di STADIUMASTRO
Laporan berita telah disiarkan di laman seswang media massa. Ianya tidak semestinya pendirian NAAM.
This story has been reproduced from the media. It does not necessarily represent the position of NAAM.