• Borang Permohonan Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • Login
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Advertisement
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

KENYATAAN MEDIA MENTERI BELIA DAN SUKAN: SUKMA JOHOR 2020 DIBATALKAN

November 10, 2020
in Berita Semasa, SUKMA
0
0
SHARES
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
  1. Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia pada hari ini secara dalam talian khusus bagi mendapatkan pelaporan status terkini penganjuran Sukan Malaysia Ke XX dan Sukan Para SUKMA ke XX, Johor 2020 dari Sekretariat SUKMA Johor 2020.
  2. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua wakil dari negeri – negeri yang terlibat termasuk daripada pihak Kerajaan Negeri Johor. Mesyuarat turut dihadiri oleh Presiden MOM dan Presiden MPM. Mesyuarat pada kali ini diadakan rentetan dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang lalu pada 19 September 2020 bahawa satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi akan diadakan sekali lagi bagi memantau perkembangan status penganjuran Sukan Malaysia 2020.
  3. Mesyuarat telah diberi taklimat mengenai status pengelolaan Sukan Malaysia dan Para SUKMA Johor 2020 sebentar tadi oleh Sekretariat SUKMA Johor dan pihak Kerajaan Negeri Johor telah memohon supaya Sukan Malaysia dan Para SUKMA Johor 2020 yang telah dijadualkan pada Mac dan April 2021 ditangguhkan sekali lagi atas beberapa sebab:
    • Ketidaktentuan dalam penularan wabak pandemik COVID – 19 yang telah memasuki gelombang ketiga melanda negara pada ketika ini;
    • Kesukaran menyediakan jaminan keselamatan kesihatan kepada hampir 30 ribu orang yang akan terlibat nanti baik atlit, jurulatih, pegawai, sukarelawan, pengurusan dan sebagainya tidak mengambil kira penonton dan peminat sukan;
    • Dua kali penangguhan sebelum ini telah menyebabkan peningkatan kos pengurusan dan;
    • Ketidaktentuan tarikh Sukan Malaysia dan Para SUKMA memberi tekanan dan kekangan kepada perlaksanaan program latihan atlit negeri-negeri peserta.
    • Kalendar beberapa temasya sukan tempatan dan antarabangsa pada tahun 2021 juga terlalu rapat dengan beberapa tarikh penting seperti Ramadhan (13 April – 12 Mei 2021), Kejohanan Bola Sepak Euro 2020 (11 Jun – 11 Julai 2021), Sukan Olimpik Tokyo 2020 (23 Julai – 8 Ogos 2021), Sukan Paralimpik Tokyo 2020 (24 Ogos – 5 September 2021).
  4. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor telah melahirkan kesediaan mereka untuk menganjurkan Sukan Malaysia dan Sukan Para SUKMA yang ke 20 pada tahun 2022 nanti kerana secara amnya Johor telah hampir 99% bersedia dari segi perancangan, pengurusan, teknikal, kemudahan pertandingan dan sebagainya.
  5. Untuk itu, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia / Para SUKMA yang bermesyuarat pada hari ini telah membuat ketetapan secara bersama iaitu:
    • Temasya Sukan Malaysia Ke XX, tahun 2020 ditangguhkan dan penganjurannya dibawa ke tahun 2022. Oleh itu, Temasya Sukan Para SUKMA Ke XX, tahun 2020 juga ditangguhkan dan dibawa ke tahun 2022.
    • Negeri Johor ditawarkan semula menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Ke XX pada tahun 2022.
    • Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia / Para SUKMA juga memutuskan tuan rumah Sukan Malaysia dan Para SUKMA Ke XXI, 2024 akan kembali ke Majlis Sukan Negara yang akan menganjurkannya bersama dengan Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan selaras dengan persetujuan bahawa negeri-negeri lain hanya akan menjadi tuan rumah dalam penggiliran empat tahun sekali dan di antaranya akan danjurkan oleh MSN bersama Selangor atau Wilayah Persekutuan.
    • Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia/Para SUKMA juga bersetuju tuan rumah Sukan Malaysia ke XXII dan Para SUKMA XXII, 2026 akan dianjurkan oleh negeri Kelantan dan ianya juga telah dipersetujui oleh wakil Kerajaan Negeri Kelantan sebentar tadi.
    • Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia / Para SUKMA juga bersetuju supaya Jawatankuasa Teknikal Sukan Malaysia dan Para SUKMA meneliti dan mencadangkan semula perubahan-perubahan peraturan yang terlibat dari segi had umur, kelayakan penyertaan dan sebagainya bagi penganjuran Sukan Malaysia dan Para SUKMA Johor 2022 pada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi yang akan datang.
    • Kementerian Belia dan Sukan akan memaklumkan keputusan-keputusan tersebut kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.
  6. Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA tersebut adalah dibuat setelah mengambilkira dan mempertimbangkan pelbagai faktor akibat kesan pandemik COVID-19, persiapan atlet dan pasukan negeri-negeri yang menyertai, persiapan penganjuran yang terbaik, pandangan pihak berkuasa dan kerajan negeri tuan rumah dan paling utama sekali, atas dasar kepentingan kesihatan, kesejahteraan dan kebaikan semua pihak yang terlibat.

Sekian. Terima Kasih.

DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia
9 November 2020

Previous Post

CABARAN MEMANAH ANJURAN NAAM SECARA ONLINE BERAKHIR DENGAN JAYANYA

Next Post

PENANGGUHAN KEJOHANAN 5TH JOHOR INTERNATIONAL ACRHERY TOURNAMENT

Related Posts

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran
Antarabangsa

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
Berita Semasa

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria
Berita Semasa

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery
Berita Semasa

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik
Berita Semasa

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
Next Post
PERLESENAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA

PENANGGUHAN KEJOHANAN 5TH JOHOR INTERNATIONAL ACRHERY TOURNAMENT

KOSMO: ATLET MEMANAH JALANI KEJOHANAN SIMULASI

Atlet Memanah Negara Merasai Debaran Kejohanan Semula

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Post

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
ADVERTISEMENT

Browse by Category

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar

Browse by Tags

MASUM
Logo Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM)

Categories

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

Recent Posts

  • Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)
  • Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
  • Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Mengenai Kami
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • Events
    • Takwim 2025
    • Tournaments
    • Takwim 2024
  • Rekod
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • MAREOS
  • Manual
    • Kejurulatihan
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Manual Penganjuran Kejohanan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
    • Kod Sukan Selamat
  • BORANG
    • Borang Penganjuran Kejohanan

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.