Persatuan Memanah Putrajaya (PMWPP) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 Siri 2, mengikut ketetapan berikut:
Tarikh Kejohanan: 1 – 5 Mei 2024
Tempat: Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang
Persatuan Memanah Putrajaya (PMWPP) berbesar hati menjemput persatuan dan ahli gabungan NAAM untuk menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat kejohanan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya:-
Tarikh Mula Pendaftaran MAREOS: 10 Mac 2024
Tarikh Akhir Pendaftaran MAREOS: 19 April 2024
Tarikh Akhir Bayaran:
Mesyuarat Pengurus Pasukan:
Tarikh Kejohanan: 1 – 5 Mei 2024
Tempat Pertandingan: Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang
Jadual: Rujuk https://www.ianseo.net/Details.php?toId=17648
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki (umur dari 16 dan ke atas) RM
2. Recurve wanita (umur dari 16 dan ke atas) RW
3. Compound lelaki (umur dari 13 dan ke atas) CM
4. Compound wanita (umur dari 13 dan ke atas) CW
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).
Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah: RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih): RM40.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM20.00/orang.
Pertukaran atlet atas sebab kecederaan adalah dikecualikan daripada bayaran denda. Sila sertakan surat pengesahan daripada doktor perubatan.
Pembayaran perlu dijelaskan kepada akaun penganjur.
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.
Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Recurve : 70m Rounds
Compound : 50m Rounds
Individu : 1/32 rounds
Berpasukan : 1/8 rounds
Target Face yang akan diguna pakai adalah:
Recurve : Outdoor 122cm Face (1 – X)
Compound : Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)
Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan. Segala urusan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.
Nama: Sazle Bin Salehuddin
No. Tel: +6012-330 8709