Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor (SELAR) akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 18 – 19 MEI 2024.
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SBT), Kajang, Selangor
Kursus ini akan dikendalikan oleh fasilitator lantikan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan melayakkan peserta untuk menyertai Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1
YURAN RM260.00/orang
PENYERTAAN Terhad kepada 60 orang sahaja
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sijil Penyertaan akan dikeluarkan oleh NAAM.
JADUAL
Tarikh: 18 MEI 2023
8.00–9.00 pagi: Pendaftaran & Sarapan Pagi
9.00–10.30 pagi: Pengenalan Peralatan
11.00–12.30 tghari: Etika Kejurulatihan
2.30–4.00 petang: Teknik Asas Memanah
4.30–5.30 petang: Praktikal Memanah
Tarikh: 19 MEI 2023
9.00 – 10.30 pagi: Bow tuning
11.00 – 12.30 tghari: Praktikal Memanah
2.30 – 4.00 petang: Praktikal Memanah
4.30 – 5.30 petang: De-briefing & penutup.
PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah melalui MAREOS NAAM.
Sila klik https://mareos.masarchery.org
TARIKH TUTUP
13 Mei 2024 atau tempat telah dipenuhi, mana yang lebih dahulu.
PERTANYAAN
- Puan Dahlia Mohlisi (019-3202321)
- Mejar (B) Hj Amir Suharman Adnan (012-3077023)
TANGGUNGJAWAB PESERTA
- Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alatulis semasa kursus adalah tanggungjawab peserta sendiri kecuali dimaklumkan oleh pihak penganjur.
- Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur atau NAAM tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
- Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
- Semua peserta kursus haruslah berpakaian sukan, kemas dan tidak mencolok mata.
- Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah tidak dibenarkan.
- Semua peserta diwajibkan berkasut sukan di sepanjang kursus berlangsung.
- Semua peserta diwajibkan membawa peralatan memanah sendiri atau di sewa dengan penganjur.
- Yuran perlu dijelaskan sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
TANGGUNGAN
- Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
- Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM.
- Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut.
MAKLUMAT BANK PEMBAYARAN
BANK: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
NAMA: PERSATUAN MEMANAH DAERAH HULU LANGAT
NOMBOR AKAUN: 1209 20100 49015
Sila whatsapp Slip Bayaran Yuran Penyertaan ke Puan Dahlia Mohlisi (019-3202321).