Skuad kebangsaan berlepas dari KLIA berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi Kejohanan Bangkok 2023 Asian Archery Championship yang akan berlangsung dari 4 November sehingga 9 November 2023.
Skuad kebangsaan akan diwakili oleh Ariana Nur Dania, Nurul Ain Fitri binti Ramli, Ku Nurin Afiqah binti Ku Rusaini, Mohamad Firdaus bin Mohd Rusmadi, Muhamad Danish Amsyar bin Norazlan dan Rizq Arif bin Kharul Nezam bagi acara Recurve.
Fatin Nurfatehah Mat Salleh menjadi satu-satunya wakil negara bagi acara Compound Wanita.
Mereka akan ditemani oleh Jurulatih Arif Farhan Ibrahim Putra dan Wan Mohd Khalmizam Wan Abd Aziz.