• Borang Permohonan Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • Login
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Advertisement
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
No Result
View All Result
Home Media Watch

HMETRO: PELUANG AKHIR ATLET MEMANAH PARALIMPIK

April 5, 2021
in Media Watch, Para-Archery
0
0
SHARES
74
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Kejohanan Para-Archery European Cup di Nove Mesto nad Metuji, Republik Czech pada 5 hingga 11 Julai depan, bakal menjadi medan terakhir bagi lima atlet memanah paralimpik negara untuk memburu slot ke Sukan Paralimpik Tokyo, Ogos depan.

Jurulatih skuad memanah para negara Marzuki Zakaria berkata, seramai lima atlet yang menyertai kejohanan itu berpeluang untuk menguji panahan ke temasya di Tokyo iaitu Hasihin Sanawi dan Jennyla Kueh untuk acara recurve, manakala G Daneshen, Norsaadah Wahab dan Norjannaton Abd Jalil, bagi acara compound.

Marzuki Zakaria berkata, dua lagi atlet para yang sudah layak ke Tokyo iaitu S Suresh (recurve) dan Wiro Julin (compound), akan turut serta dalam kejohanan berkenaan sebagai aksi pemanas badan sebelum turun berjuang di ibu kota Jepun nanti.

“Saya berharap agar kesemua atlet ini mendapat pelepasan Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Sukan Negara, untuk bertanding di Republik Czech nanti.

“Ini kerana peluang bertanding di sana bergantung kepada situasi semasa Covid-19, jika tidak hanya Suresh dan Wiro sahaja yang akan mewakili negara di Tokyo nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Marzuki berkata, penampilan skuad memanah para negara di Republik Czech itu bakal menjadi aksi pertama, selepas lebih setahun tidak merasai suasana kejohanan antarabangsa, dengan kali terakhir bertanding di Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand pada Oktober 2019.

Suresh menempah slot ke Tokyo pada Jun 2019 selepas menjuarai acara recurve lelaki terbuka pada Kejohanan Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, manakala Wiro layak setelah menang pingat perak acara compound lelaki dalam Kejohanan Memanah Para Asia di Bangkok, Thailand pada Oktober 2019.

Sukan Paralimpik Tokyo dijadual berlangsung pada 24 Ogos-5 Sept depan.

Sementara itu, jurulatih berusia 48 tahun itu memaklumkan tiga atlet dalam acara recurve iaitu Suresh, Hasihin dan Jennyla, dijemput menyertai kejohanan simulasi bersama atlet memanah kebangsaan yang lain pada 7-8 April ini, di Bukit Jalil.

Ujian simulasi ini bakal menguji kemampuan tiga atlet berkenaan setelah lama tidak beraksi pada mana-mana saingan tempatan, selepas kali terakhir berentap di kejohanan simulasi pada November lepas.

Beliau pada masa sama gembira dengan komitmen ditunjukkan anak buahnya dalam sesi latihan dijalankan, selepas kembali ke kem latihan di Kompleks Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan, di sini, sejak awal Mac lalu.

“Alhamdulillah, saya lihat semangat mereka masih membara walaupun terpaksa menjalani latihan di rumah masing-masing, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini dan kembali fokus mendapatkan semula rentak permainan serta memperbaiki teknik memanah,” katanya.

Sumber: HMetro

Previous Post

2021 Malaysia Women’s Archery Remote Scoring Challenge (Dikemaskini 14-3-2021)

Next Post

BERNAMA: EUROPEAN CUP LAST CHANCE FOR FIVE PARA ARCHERS TO CZECH IN FOR TOKYO PARALYMPICS

Related Posts

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
Berita Semasa

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria
Berita Semasa

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
NSC deputy director Jefri Ngadirin
Berita Semasa

MSN: Paris Olympic Miss for Men’s Recurve Archery Part of ‘Strategic Restructuring’

June 21, 2024
2024 ASIA CUP-WORLD RANKING TOURNAMENT, STAGE III, Suwon, Korea Selatan
Antarabangsa

Compound Archery Trio Strike Gold in South Korea

June 7, 2024
Suresh Selvathamby dan Nur Jannaton tempah tiket ke Paralimpik Paris 2024
Antarabangsa

Suresh Selvathamby dan Nur Jannaton tempah tiket ke Paralimpik Paris 2024

November 24, 2023
Next Post

BERNAMA: EUROPEAN CUP LAST CHANCE FOR FIVE PARA ARCHERS TO CZECH IN FOR TOKYO PARALYMPICS

HARIAN METRO: TRIO MEMANAH BURU TEMPAT KE OLIMPIK

Khairul Anuar Mohamad Pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Olimpik Tokyo 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Post

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
ADVERTISEMENT

Browse by Category

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar

Browse by Tags

MASUM
Logo Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM)

Categories

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

Recent Posts

  • Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)
  • Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
  • Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Mengenai Kami
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • Events
    • Takwim 2025
    • Tournaments
    • Takwim 2024
  • Rekod
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • MAREOS
  • Manual
    • Kejurulatihan
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Manual Penganjuran Kejohanan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
    • Kod Sukan Selamat
  • BORANG
    • Borang Penganjuran Kejohanan

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.