Loading Events

Kejohanan Memanah Terbuka Pahang 2025

October 27, 2025 - November 02, 2025

Majlis Sukan Pahang dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Pahang akan menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka Pahang 2025 pada 27 Oktober – 2 November 2025 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.

TARIKH PENTING
Tarikh mula pendaftaran MAREOS: 01 Jun 2025
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 19 Oktober 2025
Tarikh akhir bayaran: 19 Oktober 2025
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 26 Oktober 2025 (Secara dalam talian Google Meet)
Tarikh Kejohanan: 27 Oktober – 2 November 2025

Tempat Kejohanan: Padang Utama, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

JADUAL KEJOHANAN
26 Oktober 2025 – Ahad
09:00pm – 10:00pm | Taklimat Pengurus Pasukan (Google Meet)

27 Oktober 2025 – Isnin | Recurve Bawah 12 & 15 Tahun
08:00am – 08:30am | Pemeriksaan Peralatan
08:30am – 12:00pm | Pusingan Kelayakan: 50 meter x 2 set (Bawah 15 tahun)
02:00pm – 02:30pm | Pemeriksaan Peralatan
02:30pm – 06:00pm | Pusingan Kelayakan: 30 meter x 2 set (Bawah 12 tahun)

28 Oktober 2025 – Selasa | Recurve Bawah 12 & 15 Tahun
08:00am – 11:30pm | Pusingan Kelayakan: 50 meter x 2 set (Bawah 15 tahun)
02:00pm – 05:30pm | Pusingan Kelayakan: 30 meter x 2 set (Bawah 12 tahun)
05:45pm – 06:15pm | Majlis Penyampaian Hadiah

29 Oktober 2025 – Rabu | Recurve Lelaki & Wanita
08:00am – 08:30am | Pemeriksaan Peralatan
08:30am – 12:00pm | Pusingan Kelayakan: 70 meter x 2 set
02:00pm – 06:00pm | Pusingan Penyingkiran Individu – Recurve
Perlawanan 1/16 hingga Perlawanan Pingat Gangsa

30 Oktober 2025 – Khamis | Compound Lelaki & Wanita
08:00am – 08:30am | Pemeriksaan Peralatan
08:30am – 12:00pm | Pusingan Kelayakan: 50 meter x 2 set
02:00pm – 06:00pm | Pusingan Penyingkiran Individu – Compound
Perlawanan 1/16 hingga Perlawanan Pingat Gangsa

31 Oktober 2025 – Jumaat | Barebow Lelaki & Wanita
08:00am – 08:30am | Pemeriksaan Peralatan
08:30am – 12:00pm | Pusingan Kelayakan: 50 meter x 2 set
02:30pm – 06:30pm | Pusingan Penyingkiran Individu – Barebow
Perlawanan 1/16 hingga Perlawanan Pingat Gangsa

1 November 2025 – Sabtu
Pusingan Penyingkiran Berpasukan
08:30am – 11:30pm | Recurve / Compound / Barebow – Pusingan 1/8 hingga Perlawanan Pingat Gangsa
Pusingan Penyingkiran Berpasukan Campuran
03:00pm – 06:00pm | Recurve / Compound / Barebow – Pusingan 1/8 hingga Perlawanan Pingat Gangsa

2 November 2025 – Ahad
Perlawanan Akhir – Penentuan Pingat Emas 
08:30am – 09:30am | Individu Recurve
09:30am – 11:30pm | Berpasukan Recurve
12:00pm – 01:00pm | Individu Barebow
01:00pm – 03:00pm | Berpasukan Barebow
03:30pm – 04:30pm | Individu Compound
04:30pm – 06:30pm | Berpasukan Compound

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Peserta perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan oleh sistem MAREOS. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan. Hubungi pihak admin MAREOS (event@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:-
1. Recurve Lelaki bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun): RU15M
2. Recurve Wanita bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun): RU15W
3. Recurve Lelaki bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun): RU12B
4. Recurve Perempuan bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun): RU12G
5. Recurve Lelaki (Terbuka): RM
6. Recurve Wanita (Terbuka): RW
7. Compound Lelaki (Terbuka): CM
8. Compound Wanita (Terbuka): CW
9. Barebow Lelaki (Terbuka): BM
10. Barebow Wanita (Terbuka): BW

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia. Tiada had peserta bagi setiap kategori. Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan dikenakan denda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:-
Atlet (Recurve / Compound / Barebow): RM120.00/orang
Atlet (Bawah 12 dan 15 tahun): RM100.00/orang
Pegawai (Pengurus / Jurulatih): RM30.00/orang

Kadar denda/penalti pendaftaran lewat/pertukaran selepas tarikh tutup adalah sebanyak RM 30.00/orang. Yuran hendaklah dijelaskan melalui sistem MAREOS. Bayaran yang tidak diterima selepas tarikh tutup penyertaan, akan dianggap tidak menyertai kejohanan. Tiada bayaran secara tunai diterima semasa hari kejohanan.

PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini akan dijalankan mengikut undangundang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

  1. Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Kejohanan Memanah Kebangsaan.
  2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
  3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Wang bantahan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.

Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan/Ketua Hakim dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

JARAK DAN TARGET FACE DIGUNAKAN
Jarak yang akan dipertandingkan adalah:-

  • Recurve bawah 15 tahun: 50m x 2 set & 30m x 2 set
  • Recurve bawah 12 tahun: 30m x 2 set & 20m x 2 set
  • Recurve: Pusingan kelayakan 70m Round & Pusingan Penyingkiran 70m
  • Compound: Pusingan kelayakan 50m Round & Pusingan Penyingkiran 50m
  • Barebow: Pusingan kelayakan 50m Round & Pusingan Penyingkiran 50m

Target Face yang akan diguna pakai:-

  • Recurve bawah 15 tahun: Outdoor 80cm Face 6-rings (5 – X)
  • Recurve bawah 12 tahun: Outdoor 80cm Face 6-rings (5 – X)
  • Recurve: Outdoor 122cm Face (1 – X)
  • Compound: Outdoor 80cm Face 6-rings (5 – X)
  • Barebow: Outdoor 122cm Face (1 – X)

HADIAH WANG TUNAI | Pusingan Penyingkiran sahaja
Pingat Emas Individu – RM 500.00
Pingat Perak individu – RM 400.00
Pingat Gangsa Individu – RM 200.00

Pingat Emas Berpasukan – RM 300.00
Pingat Perak Berpasukan – RM 200.00
Pingat Gangsa Berpasukan – RM 150.00

Pingat Emas Berpasukan Campuran – RM 300.00
Pingat Perak Berpasukan Campuran – RM 200.00
Pingat Gangsa Berpasukan Campuran – RM 150.00

GANTI RUGI
Majlis Sukan Pahang dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat kejohanan/rumah.

SEBARANG PERTANYAAN (secara Whatsapp sahaja)

  • En. Mohd Fazli bin Edrus (MSP) – 010-900 5302
  • En. Mohd Rizaini bin Pandak Mohd – 019-927 9486
  • Pn. Nor Hazliza binti Mohd Norfizi – 019-927 9086
  • En. Mukhriz bin Mohamed – 013-3525586

Share This Event

7190916
DD
DAYS
HH
HOURS
MM
MIN
SS
SEC

Details

Start:
October 27
End:
November 2
Event Category:
Website:
https://mareos.masarchery.org/

Venue

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu
Kuantan, Pahanag 25350

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.