Loading Events
KMK 3 2026 UUM Kedah

Kejohanan Memanah Kebangsaan 2026 Siri 3 UUM Sintok, Kedah

July 08, 2026 - July 12, 2026
Recurve, Compound, Barebow

Persatuan Pemanah Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan kejohanan tersebut pada 8 hingga 12 Julai 2026 bertempat di UUM, Sintok, Kedah.

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh mula pendafataran MAREOS: 17 JUN 2026
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 4 JULAI 2026
Tarikh akhir bayaran: 4 JULAI 2026
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 7 JULAI 2026 (GOOGLE MEET)
Tarikh kejohanan: 8 HINGGA 12 JULAI 2026

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima.

Daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan. Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki (umur dari 16 dan ke atas) RM
2. Recurve wanita (umur dari 16 dan ke atas) RW
3. Compound lelaki (umur dari 13 dan ke atas) CM
4. Compound wanita (umur dari 13 dan ke atas) CW
5. Barebow lelaki (umur dari 13 dan ke atas) BM
6. Barebow wanita (umur dari 13 dan ke atas) BW

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 48 orang atlet (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW, 8 BM, 8 BW).). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 10 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masingmasing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Share This Event

1634234
DD
DAYS
HH
HOURS
MM
MIN
SS
SEC

Details

  • Start: July 8
  • End: July 12
  • Event Category:

Venue

  • Universiti Utara Malaysia
  • Sintok, Kedah 06010 + Google Map