Empat orang hakim memanah dari Malaysia kini berada di New Delhi, India bagi menghadiri Seminar Pengadil World Archery Asia (WAA) 2025, yang berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di The Leela Ambience Convention Hotel.
Empat wakil negara yang terpilih adalah:
- Suhaila Abd Malek
- Azman Saad
- Wan Abu Bakar Wan Omar
- Mohd Syafiq Mohd Hasri
Seminar ini menghimpunkan hakim-hakim memanah dari seluruh Asia bagi tujuan pemantapan ilmu teknikal, penilaian semula kelayakan, serta pembentangan perubahan-perubahan terkini dalam peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh World Archery Asia (WAA).
Penyertaan para hakim Malaysia dalam seminar ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh barisan pengadil negara ke arah pengadilan bertaraf antarabangsa serta menyokong pembangunan sukan memanah tanah air.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan pihak-pihak berkaitan mengucapkan tahniah dan berharap agar para hakim ini dapat menerapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh ke dalam sistem pengadilan tempatan, seterusnya meningkatkan lagi mutu pengurusan kejohanan di Malaysia.