Dunia sukan memanah negara kehilangan seorang pelopor kepada kemajuan sukan memanah negara apabila mantan Setiausaha Kehormat NAAM, Mejar Baharuddin bin Jamil (Bersara) telah kembali ke rahmatullah pada sekitar jam 1.00 tengahari, 18hb Januari 2024 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Allahyarham telah berkhidmat dipelbagai kapasiti diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumbangan dan jasa beliau terhadap dunia sukan memanah negara tidak dapat dinafikan.
Antara jawatan beliau sepanjang penglibatan dalam sukan memanah:-
i. Honorary Members (Honorary Vice President) World Archery Federation Since 2009
ii. Vice President Asia Archery Federation from 1993 – 2009
iii. South East Asia Archery Federation as Secretary General from 2003 – 2024
iv. National Archery Association of Malaysia (NAAM) General Secretary for 24 Years
1978 – 1988
1990 – 1998
2000 – 2006
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) menzahirkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Baharuddin bin Jamil (Bersara), bapa memanah Malaysia.
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya. Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.
Aamiin Allahumma..Aamiin Ya Mujib…