PERINGKAT KEHAKIMAN
Hakim diatur berperingkat seperti berikut:-
- World Archery
- World Archery International Jude (IJ)
- World Archery International Judge Candidates (IJc)
- World Archery Youth Judge (YJ)
- Judge Emeritius(JE)
- World Archery Asia
- Continental Judge (CJ)
- Malaysia
- State Judge/Hakim Negeri (SJ)
- National Judge Candidate (NJc)
- National Judge/Hakim Kebangsaan (NJ) – 140 orang sahaja.
(dalam tempoh 3 tahun akan berkurangan ke 114 berdasarkan kiraan 6 NJ setiap ahli gabungan) - Judge Emeritius/Hakim Emeritus (JE)
JUDGE EMERITIUS / HAKIM EMERITUS (JE)
- Judge Emeritius/Hakim Emeritus (JE) adalah hakim yang telah melebihi umur 65 tahun dan telah berkhidmat dengan cemerlang (selepas diambil prestasi menerusi penapisan Pengerusi Kehakiman NAAM).
- JE masih lagi boleh bertugas di peringkat kebangsan sebagai TD, COJ, DOS dan JURI.
NATIONAL JUDGE / HAKIM KEBANGSAAN (NJ)
- National Judge/Hakim Kebangsaan layak untuk berkhidmat di kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan di dalam Malaysia.
- Kuota untuk National Judge/Hakim Kebangsaan adalah seramai 140 orang sahaja.
- Had umur untuk National Judge/Hakim Kebangsaan adalah dari 18 tahun hingga 65 tahun.
- Untuk melayakkan diri sebagai National Judge/Hakim Kebangsaan adalah melalui secara penilaian yang dilakukan oleh panel kehakiman kebangsaan sekiranya terdapat kekosongan pada kuota Hakim Kebangsaan.
NATIONAL JUDGE CANDIDATE / CALON HAKIM KEBANGSAAN (NJc)
- National Judge Candidate/Calon Hakim Kebangsaan layak untuk berkhidmat di kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan di dalam Malaysia.
- Untuk melayakkan diri sebagai National Judge Candidate/Calon Hakim Kebangsaan, mestilah menghadiri dan lulus 75% dan keatas Kursus Kehakiman Kebangsaan.
- Had umur untuk National Judge Candidate/Calon Hakim Kebangsaan adalah dari 18 tahun hingga 65 tahun.
- Setiap hakim perlu menghadiri kursus ulangkaji dalam tempoh tiga (3) tahun untuk membolehkan mereka berkhidmat dalam tempoh tiga (3) tahun mendatang memperbaharui lesen. Sekiranya tidak hadir maka, beliau tidak akan dipanggil untuk bertugas sehinggalah telah memperbaharui atau menghadiri kursus ulangkaji dalam tempoh setahun. Jika gagal untuk hadir hakim tersebut akan digugurkan taraf ke Hakim Negeri.
STATE JUDGE / HAKIM NEGERI (SJ)
- State Judge/Hakim Negeri layak untuk berkhidmat di kejohanan-kejohanan peringkat terbuka dan ke bawah di dalam negeri masing-maisng sahaja.
- Untuk melayakkan diri sebagai State Judge/Hakim Negeri, mestilah menghadiri dan lulus di antara 50% hingga 74% Kursus Kehakiman Kebangsaan.
- Had umur untuk State Judge/Hakim Negeri adalah dari 18 tahun hingga 65 tahun.
- Untuk hakim negeri menaik taraf sebagai National Judge Candidate/Calon Hakim Kebangsaan, beliau perlu menghadiri dan mengikuti semula kursus kehakiman kebangsaan dan lulus 75% ke atas.
KURSUS KEHAKIMAN DIBAWAH TANGGUNGJAWAB PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan/mengelola/mengendalikan dan mengatur kursus-kursus kehakiman seperti di bawah:
- Kursus Pengenalan Undang-undang & Keselamatan Sukan Memanah
- Kursus Asas Kehakiman
- Kursus Kehakiman Kebangsaan (SJ/NJc)
- Kursus Akreditasi
- Kursus Director of Shooting (DOS)
- Kursus Chairperson of Judges (COJ /Ketua Hakim)
- Kursus Persediaan ke Peringkat Antarabangsa
TEMPOH KURSUS
JENIS KURSUS | TEMPOH JAM | TEMPOH HARI |
---|---|---|
Kursus Pengenalan Undang-undang dan Keselamatan Memanah | 8 | 1 |
Kursus Asas Kehakiman | 16 | 2 |
Kursus Kehakiman Kebangsaan | 28 | 3 |
Kursus Akreditasi | 20 | 2 |
Kursus Director of Shooting | 16 | 2 |
Kursus Chairperson of Judges (Ketua Hakim) | 16 | 2 |
Kursus Persediaan ke Peringkat Antarabangsa | 16 | 2 |
YURAN KURSUS
JENIS KURSUS | YURAN |
---|---|
Kursus Pengenalan Undang-undang dan Keselamatan Memanah | RM100.00 |
Kursus Asas Kehakiman | RM150.00 |
Kursus Kehakiman Kebangsaan | RM250.00 |
Kursus Akreditasi | RM150.00 |
Kursus Director of Shooting | RM100.00 |
Kursus Chairperson of Judges (Ketua Hakim) | RM100.00 |
Kursus Persediaan ke Peringkat Antarabangsa | RM100.00 |
Kadar yuran ini adalah yuran yang dikenakan oleh setiap perserta dan dibayar kepada NAAM. Yuran ini TIDAK termasuk tanggungan penyediaan tempat, alatan, makan, minum dan penginapan penceramah dan peserta. Sebarang penambahan yuran adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
KELAYAKAN PESERTA
Pengenalan Undang-undang dan Keselamatan Sukan Memanah
- Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
- Warganegara Malaysia.
- Sihat dari segi kesihatan fizikal dan mental.
- Jawatankuasa Kehakiman NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
Kursus Asas Kehakiman
- Peserta hendaklah berumur 18 tahun hingga 62 tahun pada tahun semasa.
- Warganegara Malaysia.
- Sihat dari segi kesihatan fizikal dan mental.
- Jawatankuasa Kehakiman NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
- Setiap pemohon wajib telah menghadiri Kursus Asas Undang-undang Sukan Memanah. Hanya sijil yang dikeluarkan oleh NAAM sahaja diterima.
Kursus Kehakiman Kebangsaan
- Peserta hendaklah berumur 21 tahun hingga 62 tahun pada tahun semasa.
- Warganegara Malaysia.
- Sihat dari segi kesihatan fizikal dan mental.
- Jawatankuasa Kehakiman NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
- Setiap pemohon wajib telah menghadiri Kursus Asas Kehakiman. Hanya sijil yang dikeluarkan oleh NAAM sahaja diterima
Kursus Akreditasi
Setiap hakim (SJ, NJ dan NJc) perlu menghadiri kursus ulangkaji dalam tempoh 3 tahun untuk membolehkan mereka berkhidmat dalam tempoh 3 tahun mendatang memperbaharui lesen. Sekiranya tidak hadir maka, beliau tidak akan dipanggil untuk bertugas sehinggalah telah memperbaharui atau menghadiri kursus ulangkaji dalam tempoh setahun. Jika gagal untuk hadir hakim tersebut akan digugurkan taraf.
- Peserta adalah yang telah berstatus SJ atau NJc atau NJ.
Kursus Director of Shooting
- Peserta adalah yang telah berstatus NJc atau NJ.
Kursus Chairperson of Judges (Ketua Hakim)
- Peserta adalah yang telah berstatus NJ
Kursus Persediaan ke Peringkat Antarabangsa
- Peserta adalah yang telah berstatus NJ
PENILAIAN KURSUS
JENIS KURSUS | KEHADIRAN | PRAKTKAL | PEPERIKSAAN | LULUS |
---|---|---|---|---|
Kursus Pengenalan Undang-undang dan Keselamatan Memanah | 100% | 0% | 0% | 75% |
Kursus Asas Kehakiman | 10% | 0% | 90% | 100% |
Kursus Kehakiman Kebangsaan | 10% | 40% | 50% | 75 – 100% (NJC) 50 – 74% (SJ) |
Kursus Ulangkaji (Refresher) | 10% | 40% | 50% | 100% |
Kursus Director of Shooting (DOS) | 10% | 60% | 30% | 100% |
Kursus Chairperson of Judges (Ketua Hakim) | 10% | 60% | 30% | 100% |
Kursus Persediaan ke Peringkat Antarabangsa | 10% | 20% | 70% | 100% |
KEPUTUSAN KURSUS
Keputusan kursus akan dikeluarkan kepada peserta dan penganjur dalam tempoh sebulan. Sijil lulus kursus akan diedarkan melalui pos laju/ekspres secara terus kepada peserta yang lulus. Keputusan akan dimaklumkan kepada setiap persatuan negeri yang mempunyai peserta yang lulus. Sekiranya ada bantahan hendaklah dibuat dalam masa 7 hari setelah keputusan dikeluarkan dengan yuran bantahan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja).
PENGANJURAN KURSUS KEHAKIMAN MEMANAH
Jadual dibawah adalah kelayakkan untuk memohon menjadi penganjur kursus kehakiman memanah.
JENIS KURSUS | AHLI GABUNGAN | AHLI BERSEKUTU | KELAB |
---|---|---|---|
Kursus Asas Kehakiman | X | X | X |
Kursus Kehakiman Kebangsaan | X | X | – |
Khas (NJC ke NJ) | X | X | – |
Kehakiman Kebangsaan Ulangkaji | X | X | – |
Kursus Director of Shooting (DOS) | X | X | – |
Kursus Chairperson of Judges (Ketua Hakim) | X | X | – |
- Mana-mana Ahli Gabungan/Ahli Bersekutu/Kelab yang ingin menganjurkan Kursus Kehakiman Memanah perlulah mengikut keperluan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh NAAM. Sekiranya berminat bolehlah membuat tawaran kepada Pengerusi Kehakiman NAAM melalui persatuan/kelab masing-masing.
- Tawaran mestilah dalam bentuk bertulis dan menyatakan butiran seperti berikut:
- Mengisi borang permohonan penganjuran kursus.
- Memilih tarikh dan tempat kursus.
- Bakal Penganjur haruslah menjamin bahawa mereka akan menyediakan semua kemudahan dan mematuhi semua spesifikasi daripada NAAM.
- Lain-lain keperluan dari NAAM.
- Pemilihan dan keputusan permohonan sebagai penganjur akan dibuat oleh AJK Kehakiman NAAM.
- Sekiranya penganjur yang telah diamanahkan/diberi hak penganjuran, gagal/tidak dapat menganjur haruslah dimaklumkan kepada NAAM sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh kursus. Jika gagal memaklumkan 1 bulan sebelum, NAAM berhak untuk menggantung Ahli Gabungan dari sebarang aktiviti NAAM seperti mesyuarat agong, menyertai pertandingan kebangsaan dan kurus-kursus anjuran NAAM.
- Penganjur yang gagal untuk menganjur akan menanggung kesemua kos yang telah dikeluarkan dalam persediaan penganjuran kursus yang gagal dibuat.
- Sekiranya Penganjur yang dilantik ingin menukar lokasi kursus, ianya boleh dilakukan sekiranya terdapat beberapa faktor yang munasabah dan mendapat persetujuan dari AJK Kehakiman NAAM. Sekiranya AJK Kehakiman NAAM menolak untuk menukar lokasi, Penganjur harus meneruskan menganjur di lokasi berkenaan atau hak penganjuran boleh ditarik balik. Jika diluluskan atau tidak diluluskan untuk menukar lokasi atau dibatalkan, perbelanjaan proses adalah tanggungjawab penganjur.
- Panel/Penceramah adalah dilantik oleh NAAM bagi kesemua kursus.
- Manual dan silibus kesemua kursus mestilah menggunakan manual dan silibus yang telah dikeluarkan oleh NAAM.
TANGGUNGJAWAB NAAM
- Menyediakan penceramah kursus (2-4 orang).
- Menyediakan modul pembelajaran dan manual (kecuali perlu di muat turun oleh peserta)
- Membayar elaun penceramah yang dilantik.
- Menegeluarkan sijil lulus kepada peserta.
- Mengeluarkan Sijil Penyertaan dan menguruskan pendafataran & pembayaran peserta.
TANGGUNGJAWAB PENGANJUR
- Menyediakan tempat kursus (lampiran 1).
- Menyediakan alatan kursus.
- Mengeluarkan surat jemputan.
- Penginapan dan makanan kepada penceramah dan wakil NAAM sepanjang kursus bermula sehari sebelum kursus bermula dan sehari selepas kursus tamat.
TANGGUNGJAWAB PESERTA
- Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
- Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
- Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
- Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
- Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
- Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan kehakiman memanah sendiri (lampiran 2).
- Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.
KEROSAKAN / KEHILANGAN SIJIL
Jika ada individu yang kehilangan atau kerosakan sijil, boleh memohon untuk penggantian sijil tersebut dengan caj-caj seperti berikut:
PERKARA | CAJ |
---|---|
Kali Pertama | RM10.00 |
Kali Kedua | RM30.00 |
Kali Ketiga dan Lebih | RM50.00 |
TANGGUNGAN
Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan akan diminta meninggalkan premis tersebut.
Tarikh dikemaskini: 23hb Mac 2025