Loading Events

Kursus Asas Kejurulatihan Memanah

June 19, 2025 - June 20, 2025

Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah seperti berikut:

Tarikh: 19 dan 20 Jun 2025 (Hari Khamis dan Jumaat).
Tempat: Dewan Seminar, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SBT), Kajang, Selangor.

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam bidang Kehakiman Memanah, sepertimana mengikut peraturan dan undang-undang World Archery (WA). Dalam masa yang sama, ianya bertujuan untuk melayakkan seramai mana Guru-guru KPM sebagai Hakim Memanah bertauliah di peringat Kejohanan Memanah MSS Daerah, Negeri dan MSSM.

Penganjuran kursus asas ini diiktiraf oleh NAAM dan akan melayakkan peserta untuk mengikuti Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan.

Pihak Persatuan menjemput guru-guru, tenaga pengajar sukan memanah dan semua penggiat sukan memanah untuk bersama-sama menyertai kursus ini. Bersama ini dilampirkan Maklumat Am kursus tersebut untuk dimuat turun.

Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg Datuk / Dato’ / Tuan / Puan boleh hubungi En. Ameer Hazeem bin Mustafa, EXCO Kehakiman dan Kejurulatihan, SELAR, di nombor 019-2802328. Pendaftaran peserta adalah melalui sistem MAREOS (https://mareos.masarchery.org).

Share This Event

  • This event has passed.

Details

Start:
June 19
End:
June 20
Event Category:

Venue

Sekolah Kebangsaan Saujana Impian
SK Saujana Impian
Kajang, Selangor 43000
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.