Loading Events

Kursus Asas Kejurulatihan Memanah

January 20, 2024 - January 21, 2024

Akademi Memanah Tradisional Darul Ehsan

Akademi Memanah Tradisional Darul Ehsan dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah mengikut tentatif seperti berikut:

Tarikh: 20 – 21hb Jan 2024
Masa: 8.00am-6.00
Tempat: Dewan Seminar Ilmuan 3, UTM, Semarak, Kuala Lumpur

Perserta akan disediakan :-

  • Dewan Seminar berhawa dingin
  • Makan dan minum disediakan sepanjang kursus (sarapan pagi, makan tengah hari dan petang)

Yuran Penyertaan adalah RM 280.00/orang dan hendaklah dibayar ke Acc No: Maybank (562508557154) Akademi Memanah

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada 9hb Januari 2024.

Bagi pendaftaran – UNTUK PENDAFTARAN KLIK DISINI

Tenaga Pengajar

  • Muhammad Marbawi Sulaiman – Jurulatih Memanah Kebangsaan
  • Muhammad Zul Izzi Ab Manaff – Setiausaha Kehormat NAAM

Pihak persatuan menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus tersebut. Sila lihat maklumat dan syarat-syarat untuk menyertai kursus ini seperti yang dilampirkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelaras Kursus – KLIK DISINI

Peserta yang menghadiri kursus ini akan diberikan sijil penyertaan dan layak untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 anjuran NAAM.

PENDAFTARAN

Pendaftaran di sini – UNTUK PENDAFTARAN KLIK DISINI . Peserta yang mendaftar dan telah membuat pembayaran sebelum tarikh tutup sahaja akan diterima. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Januari 2024.

KELAYAKAN PESERTA

  1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
  2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
  4. Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh NAAM.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  • Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
  • Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
  • Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
  • Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
  • Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
  • Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
  • Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.

TANGGUNGAN

Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).

Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut.

PERHUBUNGAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelaras Kursus melalui aplikasi WhatsApp – KLIK DISINI

Share This Event

  • This event has passed.

Details

Start:
January 20
End:
January 21
Cost:
RM280.00
Event Category:
Website:
https://mylink.la/kejurulatihan

Venue

Dewan Seninar Ilmuan 3, UTM Semarak
Jalan Sultan Yahya Petra,
Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur 54100
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.