Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2025, Siri 3, mengikut ketetapan berikut:
Tarikh Kejohanan: 27 Ogos 2025 -30 Ogos 2025
Venue Kejohanan: Lapang Sasar Memanah Taman Mutiara Rini, Skudai
Tarikh Penting
Tarikh mula pendafataran MAREOS: 31 Julai 2025
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 23 Ogos 2025
Tarikh akhir bayaran: 27 Ogos 2025
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 27 Ogos 2025
Tarikh kejohanan: 27 hingga 31 Ogos 2025
Venue Kejohanan: Lapang Sasar Memanah Taman Mutiara Rini, Skudai
Rabu – 27 Ogos 2025
08:00 – 12:00 | Pendaftaran, Latihan, Mesyuarat Pengurus & Pemeriksaan Peralatan
14:00 – 18:00 | Qualification Rounds Compound (Men & Women)
Khamis – 28 Ogos 2025
09:00-12:30 | Compound Individual Elimination Rounds 1/32 to 3rd Placing
14:00-18:00 | Qualification Rounds Recurve (Men & Women)
Jumaat – 29 Ogos 2025
08:00-12:30 | Recurve & Individual Elimination Rounds 1/32 to 3rd Placing
14:30-18:00 | Mixed Team Elimination Rounds 1/8 to 3rd Placing
Sabtu – 30 Ogos 2025
08:00-12:30 | Recurve Team Elimination Rounds 1/8 to 3rd Placing
14:30-18:30 | Compound Team Elimination Rounds 1/8 to 3rd Placing
Ahad – 31 Ogos 2025
08:00-14:30 | Gold Medal Matches (All Events)
Nota: Jadual adalah tertakluk kepada pertukaran oleh pihak penganjur
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Pendaftaran secara manual tidak lagi diterima.
Daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing.
Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).
Pendaftaran lewat atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah : RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih) : RM50.00/orang
Kadar denda/penalti pendaftaran lewat/pertukaran (selepas tarikh tutup) adalah sebanyak RM50.00/orang.
Pembayaran perlu dijelaskan kepada penganjur sebelum tarikh tutup penyertaan. Selepas pada tarikh tersebut, kadar denda anda dikenakan.
Nama Bank: MAYBANK
Nama: PERSATUAN MEMANAH NEGERI JOHOR
No Akaun: 001011315414
Salinan slip pembayaran ke: +60145432000
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut:
Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Target Face yang akan diguna pakai adalah:
Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan dan makanan. Segala urusan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing.
Persatuan Memanah Putrajaya dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.
Nama : Dr Norman
No. Tel : +60 12-710 5458
Nama : Lt Kol Esah Sulaiman Bersara
No. Tel : +60 19-214 3161