• Borang Permohonan Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • Login
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Advertisement
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
  • MENGENAI KAMI
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • REKOD
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • TAKWIM 2025
    • TAKWIM 2024
    • Kejohanan
  • MANUAL
    • Kejurulatihan
    • Kod Sukan Selamat
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Penganjuran Kejohanan
    • Prosedur Kehakiman Kebangsaan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
  • BORANG
    • Kebenaran untuk Penganjuran Kejohanan
  • MAREOS
No Result
View All Result
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Syaqiera ke Olimpik Tokyo 2020

July 2, 2021
in Berita Semasa, Olimpik
0
0
SHARES
45
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Terkejut dan berdebar. Begitulah perasaan pemanah wanita kebangsaan Syaqiera Mashayikh sebaik sahaja disahkan mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo bermula 23 Julai ini.

Syaqiera sama sekali tidak menyangka memperoleh peluang keemasan itu selepas Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memutuskan untuk memilihnya membawa cabaran negara dalam acara recurve individu wanita dan pasukan campuran bersama jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad di Jepun.

Mana tidaknya, pemanah berusia 21 tahun itu menyatakan Sukan Olimpik Tokyo bakal menjadi temasya sukan pertama disertainya dan penampilan ketiga di peringkat antarabangsa selepas bertanding pada dua kejohanan di Paris, Perancis bagi Kelayakan Sukan Olimpik 2020 dan Peringkat Ketiga Piala Dunia 2021, bulan lalu.

“Terima kasih kepada NAAM kerana memilih saya sebagai atlet yang bertanding ke Sukan Olimpik Tokyo. Sudah semestinya saya bangga dapat mewakili negara ke Tokyo. Saya akan cuba buat sehabis upaya di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Syaqiera terlepas peluang ke Sukan Olimpik Tokyo selepas terkandas pada peringkat kedua acara recurve individu wanita di tangan wakil Switzerland, Valentine De Giuli, dengan keputusan 6-2 dalam Kelayakan Sukan Olimpik 2020.

Bukan itu sahaja, beliau juga gagal membantu dua rakan sepasukannya, Nur Ain Ayuni Fozi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil ke Tokyo menerusi acara recurve berpasukan apabila tersingkir di pusingan pertama kepada Brazil selepas tewas 6-2, dalam kempen kelayakan terakhir Olimpik Tokyo itu.

Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan memberitahu Bernama pada Selasa lalu bahawa Malaysia mendapat slot ke Tokyo apabila semakan World Archery mendapati ada dalam kalangan 64 pemanah yang layak tidak melepasi ‘Minimum Qualification Score (MQS)’ sebanyak 605 mata untuk acara wanita.

Jelasnya, Malaysia mendapat slot berkenaan selepas memiliki atlet yang melepasi MQS itu.

Berdasarkan keputusan pusingan kelayakan kejohanan di Paris itu, Syaqiera dan Nurul Azreena mencatat 619 mata manakala Nur Ain Ayuni meraih 594 mata.

Aksi Piala Dunia pula menyaksikan Syaqiera kekal dengan panahan 619 mata, manakala Nur Ain Ayuni dan Nurul Azreena masing-masing mendapat 605 dan 600 mata.

Sementara itu, jurulatih skuad memanah wanita kebangsaan, Muhammad Marbawi Sulaiman berkata Syaqiera dipilih Jawatankuasa Pemilihan NAAM ke Tokyo selepas memungut 619 mata dan melepasi MQS selain menampilkan prestasi lebih menonjol berbanding dua lagi pemanah dalam kedua-dua kejohanan di Perancis itu.

Olimpian negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Beijing, China pada 2008 turut gembira dapat melihat Syaqiera beraksi di pentas Olimpik dan mahu anak buahnya itu mengutip pengalaman sebanyak mungkin di Jepun nanti.

Sebelum ini, hanya dua pemanah wanita yang pernah beraksi di pentas Olimpik iaitu Mon Redee Sut Txi pada edisi 2004 dan Nurul Syafiqah Hashim pada 2012.

Khairul Anuar terlebih dahulu mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Tokyo menerusi acara individu selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Memanah Dunia di Hertogenbosch, Belanda pada Jun 2019.

– BERNAMA

Previous Post

PERLESENAN HAKIM MEMANAH MALAYSIA

Next Post

Kursus Asas Undang-Undang dan Keselamatan Memanah

Related Posts

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran
Antarabangsa

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
Berita Semasa

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria
Berita Semasa

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery
Berita Semasa

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik
Berita Semasa

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
Next Post

Kursus Asas Undang-Undang dan Keselamatan Memanah

2021 MALAYSIA DAY VIRTUAL ARCHERY

World Archery Rule Change Reduces Shooting Time for Individual Rounds

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Post

Rekod kebangsaan bagi kategori Compound Berpasukan Campuran

Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)

May 9, 2025
Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara

May 8, 2025
Ketua Jurulatih Para Memanah Negara, Bintara Kanan (B) Marzuki Zakaria

Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

May 7, 2025
LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

LA28: NAAM tunggu penjelasan lanjut dari World Archery

April 14, 2025
Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

Juwaidi sedia kembali selepas acara Compound tersenarai di Olimpik

April 10, 2025
ADVERTISEMENT

Browse by Category

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar

Browse by Tags

MASUM
Logo Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM)

Categories

  • Antarabangsa
  • Anti-Doping
  • ASIA Cup
  • Barebow Kebangsaan
  • Bawah 12 & 15 Kebangsaan
  • Berita Semasa
  • Field Archery
  • Indoor
  • Kehakiman
  • Kejohanan Kebangsaan
  • Kejohanan Terbuka
  • Kejurulatihan
  • Kursus
  • MASUM
  • Media Watch
  • NAAM
  • Olimpik
  • Para-Archery
  • Pembangunan
  • Pertandingan
  • Remaja Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sirkit Kebangsaan
  • Sukan SEA
  • SUKMA
  • Uncategorized
  • Webinar
  • Terms of Use
  • Privacy Policy

Recent Posts

  • Rekod Kebangsaan kategori Compound Berpasukan Campuran (16 Arrows)
  • Sukan SEA Thailand sasaran utama kem memanah compound negara
  • Skuad para memanah fokus hadapi Sukan Para ASEAN 2026

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Mengenai Kami
    • Lembaga Eksekutif
    • Ahli Gabungan
    • Objektif
    • Latar Belakang
  • Events
    • Takwim 2025
    • Tournaments
    • Takwim 2024
  • Rekod
    • KEBANGSAAN
    • SUKMA
    • SUKIPT
    • U12 & U15
  • MAREOS
  • Manual
    • Kejurulatihan
    • Pelan Pembangunan Sukan Memanah 2022-2032
    • Manual Penganjuran Kejohanan
    • Tatacara Perjalanan Field Archery
    • Kod Sukan Selamat
  • BORANG
    • Borang Penganjuran Kejohanan

©2019 - 2025 designed and managed by mfazil. NAAM Results & Media Team. All Rights Reserved.