
Kejohanan Memanah Kebangsaan 2025 Siri 1
Persatuan Memanah Putrajaya (PMP) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2025, Siri 1, mengikut ketetapan berikut:
Tarikh Kejohanan: 14 Mei hingga 18 Mei 2025
Venue Kejohanan: Institut Penilaian Negara (INSPEN)
Tarikh Penting
Tarikh mula pendafataran MAREOS: 1 April 2025
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 30 April 2025
Tarikh akhir bayaran: 30 April 2025
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 13 Mei 2025 (melalui Google Meet)
Tarikh kejohanan: 14 hingga 18 Mei 2025
TENTATIF PROGRAM (Tidak Rasmi)
Venue Kejohanan: Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang, Selangor
Selasa – 13 Mei 2025
21:00-22:00 Team Manager Meeting (Google Meet)
Rabu – 14 Mei 2025
08:00-12:30 | Practice & Recurve 70m Rounds
14:00-18:00 | Practice & Compound 50m Rounds
20:00-22:00 | Recurve Mixed Team elimination rounds 1/8 to Bronze
Khamis – 15 Mei 2025
08:00-12:30 | Practice & Barebow 50m Rounds
14:00-18:00 | Recurve Individual elimination rounds 1/32 to Bronze
20:00-22:00 | Compound Mixed Team elimination rounds 1/8 to Bronze
Jumaat – 16 Mei 2025
08:00-12:30 | Barebow Individual elimination rounds 1/32 to Bronze
14:30-18:30 | Compound Individual elimination rounds 1/32 to Bronze
20:00-22:00 | Barebow Mixed Team elimination rounds 1/8 to Bronze
Sabtu – 17 Mei 2025
08:00-12:30 | Recurve & Compound team elimination rounds 1/8 to Bronze
14:00-16:00 | Barebow team elimination rounds 1/8 to Bronze
Ahad – 18 Mei 2025
09:00-11:05 | Barebow Final Matches
11:15-13:20 | Compound Final Matches
14:00-16:05 | Recurve Final Matches
16:15-16:45 | Medal Ceremony
Nota: Jadual adalah tertakluk kepada pertukaran oleh pihak penganjur
PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Pendaftaran secara manual tidak lagi diterima.
Daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing.
Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).
Pendaftaran lewat atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.
YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah : RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih) : RM50.00/orang
Kadar denda/penalti pendaftaran lewat/pertukaran (selepas tarikh tutup) adalah sebanyak RM50.00/orang.
MAKLUMAT PEMBAYARAN
Pembayaran perlu dijelaskan kepada penganjur sebelum tarikh tutup penyertaan. Selepas pada tarikh tersebut, kadar denda anda dikenakan.
Nama Bank: BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
Cawangan: PUTRAJAYA
Nama: PERSATUAN MEMANAH PUTRAJAYA
No Akaun: 1601 0001469 71 6
Salinan ke: 012-3308709 (En. Sazle bin Salehuddin)
PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut:
- Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Kejohanan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
- Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
- Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.
- Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
- Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.
Jarak yang akan dipertandingan adalah:
- RM, RW : 70m Rounds & Individu 1/8 Rounds
- CM, CW : 50m Rounds & Individu 1/8 Rounds
- BM, BW : 50m Rounds & Individu 1/8 Rounds
Target Face yang akan diguna pakai adalah:
- RM, RW, BM, BW : Outdoor 122cm Face (1 – X)
- CM, CW : Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)
PENGINAPAN & MAKANAN
Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan dan makanan. Segala urusan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing.
GANTI RUGI
Persatuan Memanah Putrajaya dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.
HUBUNGI PENGANJUR
Nama : En. Sazle bin Salehuddin
No. Tel : 012-3308709
Nama : En Mohamad Nor Adha bin Abdullah
No Tel : 012-9728576
