Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Perak (Baru) akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tahap 2 Kebangsaan yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 17 – 20 Oktober 2022
Tempat : Dewan Teater Mohd Fadzil
Institut Kemahiran MARA Lumut
Jalan Dato’ Seri Kamaruddin, 32040 Seri Manjung, Perak
Muat turun Surat jemputan, maklumat dan borang pengesahan
Yuran Pendaftaran: RM600.00 seorang
Sehubungan dengan itu pihak Persatuan menjemput peserta yang berminat untuk menyertai kursus yang bakal diadakan ini. Maklumat berkenaan kursus berkenaan adalah seperti berikut.
KELAYAKAN PESERTA
- Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
- Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 5 tahun.
- Bagi pemohon Tahap 2, peserta wajib melampirkan sijil Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 dan sijil Kursus Sains Sukan Tahap 1 (jika ada) untuk kelayakkan menduduki kursus Tahap
- Bagi peserta ulangan, sila lampirkan sijil penyertaan Tahap 2.
- Setiap penyertaan haruslah disahkan oleh Persatuan Memanah Negeri.
TANGGUNGJAWAB PESERTA
- Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
- Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
- Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
- Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
- Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
- Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
- Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.
TANGGUNGAN
Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut.
PENDAFTARAN
Sila pastikan maklumat berikut disediakan sebelum mendaftar
– Salinan Sijil Tahap 1 – dalam format pdf
– Salinan surat pengesahan dari persatuan negeri/ahli gabungan – dalam format pdf sahaja
– Pembayaran perlu dibuat sebelum mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online) dan muat naik salinan slip pembayaran.
– Pembayaran boleh dilakukan di https://toyyibpay.com/Yuran-Kejurulatihan-Tahap-2
[gravityform id=”4″ title=”false” description=”false”]