Loading Events
uda holdings berhad logo

Memanah Fiesta Bakat MSN @ Karnival UDA 24 – KL

September 27, 2024 - September 29, 2024

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia dan ULDA Holdings Berhad akan menganjurkan kejohanan tersebut pada dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 27 hingga 29 September 2024
Tempat: Tasik Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor

TARIKH PENTING
Tarikh Mula Pendafataran MAREOS: 20 Ogos 2024
Tarikh Akhir Pendaftaran MAREOS: 20 September 2024
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 27 September 2024
Tarikh Akhir Bayaran: 20 September 2024
Tarikh Kejohanan: 27 – 29 September 2024

Muat Turun Maklumat Kejohanan

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)
Tempat Pertandingan: Tasik Bandar Tun Hussein Onn, Selangor.
27/9/2024 (JUMAAT)
Latihan Rasmi
Mesyuarat Pengurus Pasukan
Qualification rounds RU15M & RU15W

28/9/2024 (SABTU)
1/8 to Semi Final RU15M & RU15W
Qualification rounds RU12B
Medal Matches RU15M & RU15W

29/9/2024 (AHAD)
Qualification rounds RU12G
1/8 to Semi Final RU12B & RU12G
Medal Matches RU12B & RU12G

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve Under 12 Boy (9 hingga 12 Tahun) RU12B
2. Recurve Under 12 Girl (9 hingga 12 Tahun) RU12G
3. Recurve Under 15 Men (13 hingga 15 Tahun) RU15M
4. Recurve Under 15 Women (13 hingga 15 Tahun) RU15W

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terbuka. Walau bagaimanapun terhad kepada 32 orang terawal sahaja bagi setiap kategori.
Pendaftaran lewat (selepas Tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN
Yuran pendaftaran adalah RM50.00. Pembayaran adalah melalui MAREOS

 

PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Fiesta Bakat MSN.

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

  • Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Fiesta Bakat MSN.
  • Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Fiesta Bakat MSN.
  • Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.
  • Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
  • Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
  • Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

Jarak yang akan dipertandingan adalah:

  • Recurve Bawah 12 Tahun : 18 meter indoor rounds
  • Recurve bawah 15 tahun : 18 meter indoor rounds

Target Face yang akan diguna pakai adalah:

  • Recurve Bawah 12 Tahun : 40cm full rings
  • Recurve bawah 15 tahun : 40cm Indoor Vertical

GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.

HUBUNGI PENGANJUR
En. Rahimi Ahmad Sulaiman +60 12-372 3390
En. Muhammad Zul izzi Ab Manaff +60 19-394 1984
En Faiz Mokhtar Lopi +60 18-266 6181

Share This Event

850130
DD
DAYS
HH
HOURS
MM
MIN
SS
SEC

Details

Start:
September 27
End:
September 29
Event Category:

Venue

Tasik Bandar Tun Hussein Onn
Tasik Bandar Tun Hussein Onn
Cheras, Selangor 43200
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.