Loading Events
logo selar

Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1

September 17, 2024 - September 20, 2024

Sukacita dimaklumkan Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), akan menganjurkan KURSUS KEJURULATIHAN MEMANAH TAHAP 1 mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 17 hingga 20 September 2024
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SBT), Kajang, Selangor

MAKLUMAT AM:

Nama Kursus: KURSUS KEJURULATIHAN MEMANAH TAHAP 1 SIRI 3, 2024
Tempat Kursus: SK Saujana Impian, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Kajang, Selangor
Tarikh Kursus: 17 hingga 20 September 2024
Penganjur: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Persatuan Memanah Selangor (SELAR)
Yuran Kursus: RM 450.00 sahaja.
Nota:
• Yuran termasuk sajian sepanjang kursus (sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang).
• Penginapan dan pengangkutan urusan sendiri.

Muat Turun Maklumat Kejohanan

PENDAFTARAN:

  • Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan melalui sistem MAREOS di https://mareos.masarchery.org/
  • Peserta yang mendaftar dan telah membuat pembayaran sebelum tarikh tutup sahaja akan diterima.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 September 2024 ATAU tempat telah dipenuhi (yang mana lebih dahulu).

KELAYAKAN PERSERTA

  • Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
  • Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
  • Pemohon mestilah sudah menghadiril Kursus Asas Kejurulatihan Memanah.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  • Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, peralatan memanah dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
  • Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB keatas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
  • Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
  • Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak menjolok mata.
  • Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
  • Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
  • Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran di MAREOS.

TANGGUNGAN

  • Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
  • Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM.
  • Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan akan diminta meninggalkan premis tersebut.

PERHUBUNGAN/PERTANYAAN

  • Puan Dahlia bt Mohlisi (019-3202321 pesanan Whatsapp sahaja)

JADUAL TENTATIF

jadual tentatif kursus kejurulatihan tahap 1

Share This Event

Details

Start:
September 17
End:
September 20
Event Category:

Venue

Sekolah Kebangsaan Saujana Impian
SK Saujana Impian
Kajang, Selangor 43000
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.