Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama erat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor akan menganjurkan satu kursus Akreditasi Kehakiman Kebangsaan 2025 seperti ketetapan berikut:-
Kursus: Kursus Akreditasi Kehakiman Memanah Kebangsaan 2025
Tarikh: 5 – 7 Mei 2025 (Isnin – Rabu)
Tempat: Dewan Syarahan Idris Al Marbawi, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor
Kursus ini terbuka kepada semua State Judge (SJ) dan National Judge (NJ) yang aktif dan tidak aktif. Maklumat kursus dan pendaftaran hendaklah dilakukan melalui sistem MAREOS .