Persatuan Pemanah Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan kejohanan tersebut pada 3 hingga 5 Oktober 2024 bertempat di SMK Seri Mahawangsa, Jitra, Kedah.
TARIKH PENTING
Tarikh mula pendafataran MAREOS: 10 Ogos 2024
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 20 September 2024
Tarikh akhir bayaran: 3 Oktober 2024
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 3 Oktober 2024
Tarikh kejohanan: 3 – 5 Oktober 2024
TENTATIF PROGRAM (Tidak Rasmi)
Tempat Pertandingan: SMK Seri Mahawangsa, Jitra, Kedah Darul Aman.
MAKLUMAT KEJOHANAN
Muat Turun/Download
03/10/2024 (Khamis)
1400 Latihan Rasmi, Pengesahan Pendafataran & Pembayaran Yuran
1500 Mesyuarat Pengurus Pasukan
1600 Pemeriksaan Peralatan
04/10/2023 (Jumaat)
0830 Pusingan 50m x 2 bawah 15 tahun
1430 Pusingan 30m x 2 bawah 12 tahun
05/10/2023 (Sabtu)
0830 Pusingan 30m x 2 bawah 15 tahun
1400 Pusingan 20m x 2 bawah 12 tahun
PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapkan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve Lelaki bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun) RU15M
2. Recurve Wanita bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun) RU15W
3. Recurve Lelaki bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun) RU12B
4. Recurve Wanita bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun) RU12G
PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM15, 8 RW15, 8 RB12, 8 RG12). Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).
GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.