Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Perak akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Barebow Siri 2 tahun 2025 seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 5 – 7 September 2025
Tempat: Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Perak
MUAT TURUN
TARIKH PENTING
Tarikh mula pendafataran MAREOS: 6 OGOS 2025
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 31 OGOS 2025
Tarikh akhir bayaran:: 31 OGOS 2025
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 4 SEPTEMBER 2025 (Google Mett | 09:00pm)
Tarikh kejohanan: 5 – 7 SEPTEMBER 2025
TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)
04/09/2025 (Khamis)
05/09/2025 (Jumaat)
06/09/2025 (Sabtu)
07/09/2025 (Ahad)
PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima.
Kejohanan Kebangsaan – Ahli gabungan perlu daftar masuk di NATIONAL MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapkan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Kejohanan Terbuka – setiap pasukan (negeri/kelab/individu) perlu daftar masuk di OPEN/ CLUB MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan id dan kata laluan yang telah ditetapkan sendiri. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:-
Kejohanan Kebangsaan
1. Barebow Men | BM
2. Barebow Women | BW
Kejohanan Terbuka
1. Barebow Men Open | BMO
2. Barebow Women Open | BWO
PENYERTAAN
Penyertaan kejohanan kebangsaan adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 16 orang atlet (8 BM dan 8 BW) Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).
Penyertaan kejohanan terbuka bagi kejohanan ini tiada had penyertaan.
Sekiranya peserta Kejohanan Kebangsaan ingin bertanding di dalam kejohanan terbuka, perlu membuat pendaftaran di kedua-dua kejohanan dan perlu membayar kedua-dua yuran kejohanan.
Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk menolak.
YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:-
Kejohanan Kebangsaan
Kejohanan Terbuka
Kejohanan Kebangsaan & Terbuka
Kadar denda/penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.
Sekiranya ada yang menarik diri selepas tarikh tutup, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.
PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja).
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.
Rekod Kebangsaan hanya akan diiktiraf jika dipecahkan oleh peserta Kejohanan Kebangsaan. Sekiranya ada rekod kebangsaan yang dipecahkan oleh peserta Kejohanan Terbuka, rekod tidak akan diambil kira.
GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Pengerusi Teknikal & Pertandingan NAAM
Nama: MUKHRIZ MOHAMED
No Telefon: 013-3525586
Email: event@masarchery.org
Setiausaha Kehormat PMN Perak
Nama: YURAIMY YAKIMIN BIN ABDUL TALIB
No Telefeon: 012-4511207
Email: yuraimy@masarchery.org