ALOR SETAR – MSN Kedah akan menjadi tuan rumah bagi acara memanah Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan (KBOK) Siri 1/2026 yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 15 April 2026 di Padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti.
Kejohanan ini menghimpunkan atlet muda dari seluruh negara dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam sukan memanah. Pertandingan terbuka kepada dua kategori umur iaitu Bawah 17 tahun (B17) dan Bawah 15 tahun (B15).
Sebanyak 14 pasukan negeri dijangka mengambil bahagian dengan setiap pasukan boleh menghantar sehingga 32 atlet, melibatkan kategori Recurve lelaki dan wanita bagi B17 dan B15.
Secara keseluruhan, kejohanan ini dijangka melibatkan 448 atlet serta 70 pegawai pasukan, menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan seramai 518 orang.
Sebanyak 54 pingat akan menjadi rebutan dalam acara individu, berpasukan dan berpasukan campuran sepanjang kejohanan berlangsung.
Penganjuran kejohanan ini dilihat sebagai platform penting dalam pembangunan bakat atlet muda negara sebelum melangkah ke peringkat pertandingan yang lebih tinggi.










