PROSEDUR PENGANJURAN
KURSUS DAN BENGKEL KEHAKIMAN MEMANAH
PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA
JEMPUTAN
Jemputan dibuka kepada ahli-ahli gabungan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), agensi kerajaan, persatuan, kelab untuk penganjuran bersama kursus & bengkel kehakiman dan teknikal memanah.
TUJUAN
Penyeragaman (Standardization) kursus dan bengkel berkaitan dengan Undang-undang Kehakiman dan Teknikal Memanah.
PENGENDALIAN KURSUS / BENGKEL
Kursus atau bengkel akan dikendalikan oleh penceramah yang diiktiraf dan dilantik oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
JENIS KURSUS ATAU BENGKEL DITAWARKAN & KELAYAKAN PESERTA
BIL | KURSUS/BENGKEL | TEMPOH | KELAYAKAN PESERTA |
---|---|---|---|
1 | Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan | 5 hari | Lulus Kursus Kehakiman Negeri |
2 | Kursus Kehakiman Memanah Negeri | 3 hari | Telah Menghadiri Mana-mana Kursus atau Bengkel anjuran NAAM atau Negeri(termasuk Kejurulatihan) |
3 | Kursus Refresher Kehakiman Memanah | 2 hari | Terbuka kepada Continental Judge, National Judge dan State Judge sahaja. |
4 | Kursus Venue Manage | 2 hari | Terbuka |
5 | Bengkel Scoring Rules dan Case Study | 1 hari | Terbuka |
6 | Bengkel Asas Kehakiman dan Undang-undang Memanah | 1 hari | Terbuka |
KELAYAKAN PENGANJURAN
- Semua ahli gabungan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
- Kementerian atau agensi Kerajaan Persekutuan
- Penganjuran oleh persatuan daerah, kelab atau sekolah adalah terhad kepada Kursus Venue Manager dan Bengkel sahaja dan perlu mendapatkan kebenaran dari Persatuan Memanah Negeri masing-masing sebelum dimajukan permohonan ke NAAM.
CARTA ALIRAN PERMOHONAN
KADAR BAYARAN YURAN PENGANJURAN
BIL | KURSUS/BENGKEL | TEMPOH | JUMLAH PENCERAMAH | KADAR |
---|---|---|---|---|
1 | Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan | 5 hari | 4 orang | RM150.00/peserta |
2 | Kursus Kehakiman Memanah Negeri | 3 hari | 3 orang | RM120.00/peserta |
3 | Kursus Refresher Kehakiman Memanah | 2 hari | 2 orang | RM100.00/peserta |
4 | Kursus Venue Manage | 2 hari | 2 orang | RM100.00/peserta |
5 | Bengkel Scoring Rules dan Case Study | 1 hari | 1 orang | RM50.00/peserta |
6 | Bengkel Asas Kehakiman dan Undang-undang Memanah | 1 hari | 1 orang | RM50.00/peserta |
Kadar di atas meliputi:
- Elaun Penceramah
- Elaun perjalanan (Semenanjung Malaysia sahaja)
- Manual (kecuali yang perlu dimuat turun oleh Peserta)
- Syarat penyertaan minima adalah 20 orang peserta
- penganjur boleh mengenakan yuran kursus yang berpatutan
Kadar di atas tidak termasuk (tanggungjawab penganjur)
- Penginapan, makan dan minum fasilitator
- Penyediaan bilik kuliah yg bersesuaian
- Makan & minum serta penginapan para peserta
- Pendaftaran, t-shirt peserta dan lain-lain
Bagi Sabah dan Sarawak, elaun perjalanan akan diganti dengan elaun penerbangan (kelas ekonomi).
TANGGUNGJAWAB NAAM DAN PENGANJUR
TANGGUNGJAWAB NAAM | TANGGUNGJAWAB PENGANJUR |
---|---|
Menyediakan Penceramah Kursus | Mengeluarkan Surat Jemputan dan Pendaftaran peserta (kecuali Kursus Kehakiman Kebangsaan) |
Menyediakan Manual dan Modul Pembelajaran (kecuali yang perlu dimuat turun oleh peserta sendiri) | Menyediakan tempat kursus atau bengkel yang sesuai dan kondusif (berhawa dingin & dilengkapi LED Projector) |
Membayar elaun kepada Penceramah | Mengenakan yuran penyertaan yang berpatutan dan menguruskan pembayaran yuran oleh peserta |
Menguruskan pendaftaran peserta (bagi Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan sahaja) | Menyediakan penginapan, makan dan minum penceramah sehari sebelum hingga hari terakhir kursus atau bengkel |
Mengeluarkan Sijil Lulus kepada peserta | Mengeluarkan Sijil Penyertaan |
Menyediakan makan dan minum harian peserta dan pembayaran kos berkaitan dengan penganjuran |
TANGGUNGJAWAB PESERTA
TANGGUNGJAWAB PESERTA |
---|
Segala perbelanjaan penginapan, pengangkutan, makan minum, alat tulis semasa kursus atau bengkel adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh penganjur |
Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kursus atau bengkel adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak NAAM atau penganjur TIDAK BERTANGGUNGJAWAB diatas kehilangan atau kemalangan yang berlaku |
Yuran perlu dijelaskan semasa hari pendaftaran ATAU sepertimana disyaratkan oleh pihak penganjur |
Pakaian sepanjang kursus atau bengkel adalah PAKAIAN SUKAN. Seluar pendek, baju tanpa lengan dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan sama sekali. |
Semua peserta kursus atau bengkel akan diberikan Sijil Penyertaan oleh penganjur |
Peserta yang lulus Kursus Kehakiman Memanah Kebangsaan atau Negeri akan diberikan Sijil Lulus |