Loading Events

Kelab Memanah Bitara Pesada (KMBP) dan Majlis Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) dan Persatuan Memanah Negeri Johor akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah mengikut tentatif seperti berikut:

Tarikh :
23 & 24 Jun 2023

Lokasi :
Dewan Taklimat Hotel Pinetree, No. 36, Jalan Mengkudu, Off Jalan Bukit Pasir, 83000 BATU PAHAT, Johor

Penceramah:
Disediakan oleh NAAM

Bahasa Penghantar:
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Tahap:
Asas Kejurulatihan Memanah

Sijil Penyertaan:
Sijil Penyertaan Kursus akan diberikan oleh NAAM kepada semua peserta.

Yuran:
RM260/peserta

Pihak persatuan menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus tersebut. Sila lihat maklumat dan syarat-syarat untuk menyertai kursus ini seperti yang dilampirkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi n 017-716 1112 (Puan Nor).


 

PENDAFTARAN

Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan melalui sistem MAREOS di https://mareos.masarchery.org/ . Peserta yang mendaftar dan telah membuat pembayaran sebelum tarikh tutup sahaja akan diterima. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2023.

TERHAD KEPADA 60 ORANG PESERTA SAHAJA

KELAYAKKAN PESERTA

1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
4. Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh NAAM.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

1. Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
2. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
3. Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
4. Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
5. Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
7. Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
8. Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.

TANGGUNGAN

Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut.

PERHUBUNGAN

017-716 1112 (Puan Nor)

MUAT TURUN MAKLUMAT

 

 

 


MAKLUMAT KURSUS ASAS 2023_1

Share This Story, Choose Your Platform!

Go to Top