Kelab Belia 4B Kampung Gadek dengan kerjasama Kelab Sukan Memanah IKM Jasin dan Pejabat Belia dan Sukan Alor Gajah, Melaka akan mengadakan Kejohanan Memanah Terbuka Gadek Alor Gajah, Melaka seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 24, 25 & 26 Disember 2021 (Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Padang Bola Sepak Dun Gadek, Alor Gajah, Melaka
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohd Farid bin Mohd Idris di emel: ikmjasinarchery@gmail.com atau di nombor +6017-237 3638.
Maklumat Kejohanan
TEMPAT PERTANDINGAN
Padang bola sepak DUN Gadek, Alor Gajah Melaka
KELAYAKAN PENYERTAAN
Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang telah lengkap 2 dos vaksin COVID 19 sahaja mengikuti kategori berikut:
Barebow Terbuka lelaki dan wanita
Recurve Terbuka lelaki dan wanita
HAD PENYERTAAN
Barebow lelaki – 96 orang peserta
Barebow wanita – 48 orang peserta
Recurve lelaki – 96 orang peserta
Recurve wanita – 48 orang peserta
YURAN PENYERTAAN
RM80.00 (Ringgit Malaysia lapan puluh sahaja) setiap kategori
RM20.00 (Ringgit Malaysia dua puluh sahaja) bagi Jurulatih / Pengurus
Yuran penyertaan hendaklah di BANK-IN kan ke akaun bank CIMB Bank atas nama Harun 4×4 workshop dengan no akaun 8602877464 (references game gadek).
Sebarang pertanyaan , sila hubungi atau Whatsapp terus kepada EN. MOHD FARID di nombor 0172373638 dan EN. HARUN MD.TAN di nombor 0176091008
Bukti pembayaran perlu di upload di borang ini https://forms.gle/c6zzGKjghgh9UpuV8
PENDAFTARAN
Sila buat pendaftaran di laman web open MAREOS https://mareos.masarchery.org dan pilih kejohanan ini.
Jika belum mendaftar Open MAREOS, sila klik new archer untuk pendaftaran baru.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN & PEMBAYARAN
18 DISEMBER 2021
PERATURAN AM
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan mengikut Undang-Undang World Archery (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA GADEK, ALOR GAJAH MELAKA.
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang World Archery (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sebarang keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA GADEK, ALOR GAJAH MELAKA, adalah muktamad.