Loading Events

Persatuan Pemanah Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan 2022 Siri 1 pada 20hb hingga 24hb Julai 2022, bertempat di Lapang Sasar ARENA Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru, Johor.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Hj Mohd Zaine bin Md Sharif di talian 019-7793171 atau Ustaz Ezaidin bin Norman di talian 012-7515597.

muat turun surat jemputan

 

muat turun maklumat kejohanan

 


 

Nama Kejohanan: KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN 2022 SIRI 1

Penganjur: Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ)

Tarikh Pertandingan: 20 hingga 24 Julai 2022

Venue Kejohanan: ARENA Emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru

Tarikh-tarikh Penting:
Tarikh Mula Pendaftaran MAREOS : 01 Julai 2022
Tarikh Akhir Pendaftaran MAREOS : 15 Julai 2022
Tarikh Akhir Bayaran : 20 Julai 2022
Mesyuarat Pengurus Pasukan : 20 Julai 2022
Tarikh Kejohanan : 20-24 Julai 2022

Pendaftaran:
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

Kategori:
1. Recurve Lelaki (Umur Bawah 23 Tahun) RM
2. Recurve Wanita (Umur Bawah 23 Tahun) RW
3. Compound Lelaki (Umur Bawah 23 Tahun) CM
4. Compound Wanita (Umur Bawah 23 Tahun) CW

Penyertaan:
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW).

Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing- masing.

Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, Pasukan Projek Khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Yuran:
Yuran penyertaan adalah seperti berikut

Pemanah: RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/Jurulatih): RM40.00/orang

 

Tentatif Program (Tertakluk Kepada Perubahan)

20/07/2022 (Rabu)
Practice | Team Managers Meeting | Equipment Inspection

21/07/2022 (Khamis)
Recurve Under 23 70m Rounds
Recurve Individual Elimination Rounds 1/32 – Bronze Medal Match

22/07/2022 (Jumaat)
Compound Under 23 50m Rounds
Compound Individual Elimination Rounds 1/32 – Bronze Medal Match

23/07/2022 (Sabtu)
Recurve & Compound Team Elimination Rounds 1/8 – Bronze Medal Matches
Recurve & Compound Mixed Team Elimination Rounds 1/8 – Bronze Medal Matches

24/07/2022 (Ahad)
Gold Medal Matches All Categories

 

 

 

Share This Story, Choose Your Platform!

Go to Top