Loading Events

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Siri 1/2023 pada 17 hingga 21Mei 2023 bertempat di Kompleks Sukan MSN Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.

Maklumat lengkap berkaitan kejohanan tersebut adalah seperti yang dilampirkan.

MUAT TURUN/DOWNLOAD

Surat Jemputan & Maklumat Kejohanan

 

TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh Pendaftaran melalui MAREOS: 1 APRIL 2023 – 10 MEI 2023
Tarikh Akhir Bayaran: 17 MEI 2023
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 17 MEI 2023
Tarikh Kejohanan: 17 – 21 MEI 2023

 

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)

Tempat pertandingan : Kompleks Sukan MSN Nilai, Negeri Sembilan.

Tarikh Agenda
17/05/2023  (Rabu) Practice
Team Managers Meeting
Equipment Inspection
18/05/2023 (Khamis) Recurve Under 21 – 70m Rounds
Recurve Individual Elimination Rounds 1/32 – Bronze Medal Matches
19/05/2023 (Jumaat) Compound Under 21 – 50m Rounds
Compound Individual Elimination Rounds 1/32 – Semi Final
20/05/2023 (Sabtu) Recurve and Compound Team Elimination Rounds 1/8 – Semi Final
Recurve & Compound Mixed Team Elimination Rounds 1/8 – Semi Final
21/05/2023 (Ahad) Bronze and Gold Medal Matches All Categories

 

PENDAFTARAN

Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima.

Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

 

KATEGORI

Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki U21 (umur dari 16 hingga 21 tahun) RM21
2. Recurve wanita U21 (umur dari 16 hingga 21 tahun) RW21
3. Compound lelaki U21 (umur dari 13 hingga 21 tahun) CM21
4. Compound wanita U21 (umur dari 13 hingga 21 tahun) CW21

 

PENYERTAAN

Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM21, 8 RW21, 8 CM21, 8 CW21). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Jumlah penyertaan adalah seperti di bawah:

Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

 

YURAN

Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah: RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih): RM40.00/orang

Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.

 

PERATURAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
– Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
– Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
– Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.
– Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
– Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
– Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

 

JARAK PERTANDINGAN

Recurve Under 21: 70m Rounds
Compound Under 21: 50m Rounds

TARGET FACE

Recurve Under 21: Outdoor 122cm Face (1 – X)
Compound Under 21: Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)

 

HADIAH

Pingat akan disediakan seperti berikut:

 

GANTI RUGI

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah.

Share This Story, Choose Your Platform!

Go to Top